Mesti pelik dengan tajuk saya pada kali ini.
"Ada apa dengan alat bantu pendengaran
(earphone)"
Situasinya begini pada pagi sabtu iaitu pada 15/01/2011, saya ke Kuala Lumpur dengan menaiki LRT.
Lenguh jugak nak sampai rumah kakak
Semasa saya di dalam LRT dan berhenti ke stesyen berikutnya, saya perhatikan terdapat seorang remaja berbangsa cina yang khusyuk melayan lagu dengan alat bantu pendengaran (earphone) dan disebelahnya pula terdapat kerusi kosong. Setelah LRT itu berhenti ke Stesen berikutnya iaitu stesen Wangsa Maju, terdapat seorang perempuan yang merupakan seorang yang berkerjaya (berdasarkan kepada tag nama yang dipakai) terus bergerak laju ke tempat kosong yang bersebelahan dengan remaja lelaki tadi. Beliau terus bertanya sambil menunjukkan kepada kerusi kosong itu.
W (wanita): Dik..ada orang tak kat sini??
R(remaja): ...........(sambil melihat wanita namun tidak menjawab soalan itu ).
W(wanita): takpelah..(sambil berjalan menghampiri pintu keluar LRT dan berdiri di situ dalam masa yang lama.
komen: Remaja lelaki tadi terus hanyut dengan lagu-lagu dalam earphone sambil terhangguk-hangguk kepalanya. perbuatan itu dianggap keterlaluan kerana ini boleh membuat wanita tadi berasa malu kerana soalannya tadi tidak dipedulikan. Remaja itu seolah-olah tiada perasaan dengan membiarkan sahaja wanita itu pergi sedangkan kerusi disebelahnya masih kosong.
cadangan: Seharusnya remaja itu tadi boleh menggunakan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala sambil tersenyum. ini menandakan bahawa bahasa badan juga mampu menjadi komunikasi antara satu sama lain. lebih elok lagi sekiranya remaja itu menghentikan seketika daripada melayan earphone dan melayan pertanyaan mereka yang tertentu
JANGAN LAKUKAN!!!
LAKUKAN INI!!
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan