22 Februari 2011

BAHASA MELAYU DITINDAS LAGI

salam sekali lagi

situasi: Akhbar pada hari ini iaitu 22 Februari 2011, memperlihatkan satu iklan mengenai Satu Program yang bertujuan untuk menari juara sebenar atas nama Penzoil. 



Komen: Sama juga dengan entri sebelum ini, terdapat satu masalah dalam iklan ini iaitu percampuran bahasa. Jika dilihat kepada gambar di atas, kebanyakan penulis atau penerbit lebih suka menarik perhatian pembacanya  dengan menggunakan bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa sikap kerajaan masih lagi mengambil sikap sambil lewa dalam memastikan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam semua bidang dalam negara ini. 

cadangan: Apa salahnya jika kerajaan mengambil langkah dengan menyenaraihitamkan iklan yang tidak mengikut prosedur. Kalau setakat denda wang ringgit, saya percaya mereka yang kaya akan mampu untuk membayarnya dan tidak hairan  sekiranya hal ini akan berulang kembali. Bukan setakat itu juga, pihak kerajaan juga turut menyenaraihitamkan pihak-pihak yang menerbitkan iklan seperti ini dan seterusnya membuat tapisan dalam setiap iklan yang akan dipaparkan.


21 Februari 2011

Kak Limah balik rumah







Situasi : semalam saya tertarik dengan pelawaan kawan saya untuk melihat erita yang masih baru lagi dan mendapat rating yang tinggi dalam industri perfileman iaitu "HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH". Terdapat juga penggunaan kata yang pendek dan juga terlalu banyk percampuran bahasa dan loghat dalam filem itu. Kebanyakan loghat yang digunakan adalah dari 

Kelantan: belawok(menipu)

Perak: Bakor (bakar)


komen: Walaupun jika dilihat dari segi hiburan, ianya memang melucukan, namun apabila kita melihat filem ini dari sudut sosiolinguistik, ianya tidak bersesuaian dengan golongan yang masih lagi dalam peringkat perkembangan seperti kanak-kanak. Bagi mereka yang terlalu taksub dengan perkataan dan juga ayat-ayat ini mungkin akan mencuba praktikkan dalam kehidupan seharian dan seterusnya dalam penulisan.

cadangan: Seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menghasilkan filem ini atau filem lain yang menggunakan percampuran bahasa, perlu memastikan bahawa terdapat maksud bagi setiap loghat yang dituturkan supaya kanak-kanak khusunya akan lebih mudah untuk difahami dan seterusnya menjadikan loghat itu sebagai satu pengetahuan baru. 

Pesan mokyu: Sudah lali dengan ayat yang sering menjadi mainan mulut mahasiswa kini iaitu
"ce citer" yang disedut dari filem ini

PRIHATIN

salam..
Situasi: Tepat jam pukul sembilan pagi, rakan sebilik saya sedang membaca surat khabar. Mata saya yang sedang asyik dengan berita sukan disebelahnya, tiba-tiba terpandang satu halaman iklan yang terkandung dalam helaian yang dibacanya. Bukan terpikat kepada teknik yang digunakan oleh mereka untuk menjadi kurus dan sebagainya, namun bahasa yang digunakan oleh mereka masih lagi tidak ditapis. Apatah lagi dengan penggunaan bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu secara serentak dalam satu iklan yang dipamerkan.



Komen: Berdasarkan kepada keadaan di atas, dapat saya katakan bahawa penulis belum tahu mengenai peraturan dalam berbahasa, khususnya dalam penulisan sesuatu iklan. Kebanyakan surat khabar yang mengandungi iklan bersaiz besar ini, akan mudah menarik perhatian ramai apatah lagi, ia boleh dibaca oleh semua peringkat golongan. Hal ini akan memberi anggapan baru kepada pembaca bahawa dalam sesuatu penulisan percampuran dua bahasa dibenarkan, sedangkan pada hakikat yang sebenar tidal wujud lagi peraturan dalam bahasa Melayu bahawa percampuran bahasa dibenarkan.

cadangan: Pada pandangan saya sebagai seorang pembaca, pihak yang perlu menitikberatkan kepada perkara ini ialah syarikat itu sendiri. Jika nama syarikat mereka itu digunakan dalam bahasa Inggeris, maka gunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengisian mereka. Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah segera dengan membuat tapisan kepada iklan atau apa-apa saja yang menggunakan percampuran kod bagi memastikan negara kita tidak ditindas oleh bahasa Inggeris.


14 Februari 2011

My voice is still serak

Lokasi: Radio HotFM (dalam bas)
Masa: 8.45 am


sala lagi...maamana tajuk di atas..My voice is still serak....

Situasi: Semasa saya dalam bas lebih kurang pukul 8.45 pagi, saya tertarik dengan satu penggunaan bahasa campuran yang digunakan okeh seorang artis (si F) yang telah ditemubual oleh pengacara HOTFM iaitu Faizal dan Farah. 

Faizal da Farah: Si F..sekarang dengar-dengar anda dalam keadaan yang tidak sihat.Betul ke?

Si F: ya betul..sampai sekarang pun my voice is still serak..

Komen: Siapa yang harus dipersalahkan?Artis ni memang suka mencari publisiti dengan menggunakan bahasa yang bercampur. Pendengar HotFm ini kebanyakannya sudah pandai menilai, apatah lagi jika ianya berkaitan dengan artis yang mereka jadikan idola. Apatah lagi kepada anak-anak di luar sana, yang semakin hari semakin obses dengan artis pujaan mereka. Mungkin dengan pertuturan artis ini akan mendedahkan lagi anak-anak kita kepada percampuran bahasa dalam urusan harian

cadangan: Artis itu sendiri seharusnya sedar bahawa dia dan artis-artis lain sudah mempunyai peminat yang menjadikan mereka sebagai idola. Jadi dengan rasa tanggungjawab mereka dalam membantu kerajaan untuk mengembalikan tamadun bahasa melayu ke peringkat yang lebih tinggi, mereka harus mengawal pergaulan dan percakapan harian mereka supaya tidak timbul isu ini kelak. Kerajaan juga harus memastikan artis yang tidak mendengar dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan, artis tersebut perlu disenarai hitamkan daripada membuat sebarang persembahan dan sebagainya.

Pesan moyu: saya kelihatan bagus apabila bercakap bahasa melayu

Siti Khadijah

Salam...bertemu lagi kita dalam diari saya kali ni. Mesti tertanya-tanya apa yang saya akan ulas dalam entri ni untuk kali ni. Sebenarnya kali ini saya terpanggil untuk memberi sedikit pendapat dan komen terhadap apa yang telah berlaku hari.

Lokasi: Foyer Blok 3, Kolej Harun Aminurrashir, UPSI
Masa: 8.30 am

Situasi: Hari ini, saya tergerak hati untuk pergi lambat ke kelas Drama dan Seni Lakon kerana saya ingin mencuba sesuatu yang berlainan. Biasanya untuk kelas pukul sembilan, saya telah bergerak untuk naik bas lebih kurang pukul lapan. Hari ini saya bergerak dalam pukul lapan setengah. Semasa saya sedang asyik menunggu kawan, tiba-tiba saya terpandang satu memo yang ditampal pada papan kenyataan. Memo itu adalah seperti di bawah.....

kalau sekali tengok memang nampak macam biasa. Tapi cuba anda perhatikan pada tanda soal tersebut ada satu pernyataan yang agak menarik bahasanya tetapi sayang disalahgunakan. Tak nampak??ini dia.

penggunaan Bahasa Inggeris dalam memo ni. Mereka mencampuradukkan penggunaan bahasa melayu dan bahasa Inggeris dalam satu memo.

Komen: Penggunaan seperti ini semakin berleluasa di mana-mana sekalipun. Seharusnya kita sebagai warganegara Malaysia harus menjadikan orang china sebgai satu medium idola untuk kita yang mana mereka menggunakan slogan, Bahasa cina milik orang cina. kita juga seharusnya boleh menggunakan pendekatan seperti ini. Melalui memo ini, jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan bahasa dalam sesuatu memo semakin meningkat ekoran dari era globalisasi negara yang semakin membangun. 

cadangan: Seharusnya semasa memo ini sampai ke pejabat untuk proses kelulusan bagi ditampal pada papan kenyataan, pihak pejabat itu harus menelitis sedalam-dalanmnya dan jika memo itu betul-betul mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, barulah diluluskan. Penggunaan bahasa Melayu dilihat semakin kurang mendapat perhatian ramai. oleh itu kerajaan haruslah mempergiatkan lagi usaha untuk mendidik anak-anak pelahjar supaya menghargai bahasa sendiri .

pesan mokyu: hargailah jasa mereka yang memperjuangkan tanah air dahulu. 

12 Februari 2011

KAKI BUSUK

LOKASI: UPSI, TANJUNG MALIM
HENTIAN BAS KAMPUS UPSI


Salam...tajuk di atas itu memang ada kaitan dengan diari saya hari ini.

Situasi: Pagi tadi, semasa saya sedang menunggu guru latihan memandu datang untuk menjemput saya untuk sesi latihan seterusnya. Semasa sedang asyik memerhatikan gelagat manusia, tiba-tiba sebuah lori meluncur dengan lajunya. Memang menakutkan, tetapi apa yang lebih menakutkan adalah sikap penumpang lori itu yang sengaja mengeluarkan kakinya melalui cermin tingkap sambil menghisap rokok tanpa mengambil peduli keadaan sekeliling yang sedang sesak. 


Amat berbahaya jika berkelakuan begini semasa memandu

Asap rokok boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain

Komen: Pada pandangan saya, sikap pemandu itu merupakan satu sikap yang negatif dan tidak suka mengambil peduli tentang pandangan orang lain. Apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang penuh sesak dengan kehadiran pelajar, orang ramai dan sebagainya mungkin akan memberi bahaya melalui rokok itu tadi.

cadangan: Sepatutnya sikap ini harus bermula daripada individu itu sendiri yang mana beliau harus sedar akan perbuatannya yang tidak senonoh. Pihak pengawal yang telah diupah oleh Universiti ini juga perlu peka dengan keadaan sekeliling dan menghalang mereka yang berperangai tidak senonoh ini. 

pesan mokyu: Jika tidak mahukan keamanan, matilah jawapannya.


10 Februari 2011

MANA KHILAFNYA?

Selamat hari rabu saya ucapkan pada semua masyarakat Malaysia.

lokasi: UPSI, TANJUNG MALIM
SURAU.

situasi: pada hari semalam iaitu pada 8/02/2010, kelas saya tersangat penuh iaitu dari pukul sepuluh pagi sampailah pukul tujuh petang. Amat meletihkan. Tepat pukul tiga petang, saya bergerak menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur. Selepas menunaikan solat disitu, saya sempat berehat sebentar sambil melipat telekung. Dalam masa yang sama, kedengaran dua orang pelajar sedang menulis dan sesekali kedengaran juga gelak ketawa mereka. Bukan itu sahaja, di luar surau ini juga gelak ketawa pelajar perempuan memang kedengaran sangat kuat. Akhirnya saya keluar dan melihat ramai pelajar di luar surau sedang berkumpul sambil ketawa sehingga terdengar hingga ke dalam. 

komen: setiap manusia diberikan akal untuk berfikir dan bertolak ansur dengan orang lain. Namun, apa yang dapat saya tafsirkan di sini, pelajar-pelajar sekarang semakin tidak bertimbang rasa. Rumah Allah pun masih lagi memikirkan hal duniawi, sedangkan Allah sudah menyarankan kita supaya bersikap seimbang dalam sebarang kerja.  Apatah lagi ada yang bergelak ketawa dari luar surau sehingga mengganggu pelajar lain yang ingin menunaikan solat. sikap mereka ini langsung tidak menggambarkan bahawa mereka adalah seorang pelajar yang berkelulusan tinggi. 

cadangan:seharusnya, mereka dengan sendirinya harus sedar akan kesalahan mereka yang kurang adab itu. Seharusnya pihak universiti harus peka dengan keadaan ini dengan meletakkan kamera untuk meninjau sendiri mana-mana pelajar yang suka melakukan kesalahan, dan jika mereka bersalah hukumannya ada dengan mengenakan bayaran kerana pelajar amat gerun apabila memikirkan duit mereka akan lesap begitu sahaja.

pesan mokyu: jangan sesekali lupa bahawa anda makhluk ALLAH

07 Februari 2011

BISINGNYA

Salam...apa khabar hari ini?semoga semuanya sihat...



Lokasi: Perpustakaan 
Tempat: UPSI, Tanjung Malim, Perak

Situasi: hari ini, saya memutuskan untuk menghabiskan masa di perpustakaan sementara menunggu kelas selanjutnya. semasa saya sedang asyik menaip assisment ataupun tugasan, kedengaran sekumpulan pelajar perempuan di belakang saya sedang berakap dengan kuat sambil mengikut lagu dalam komputer mereka.


bunyi bising amat mengganggu konsentrasi

komen: Tidak seharusnya sebagai seorang pelajar yang berpendidikan tinggi, menyalahgunakan perpustakaan yang disediakan. Tempat itu bukan tempat untuk bergelak tawa sampai pecah perut dan sebagainya, tetapi tempat untuk kita menelaah pelajaran, mengkaji dan lain-lain. Namun, sikap mereka itu seolah-olah tidak berpendidikan dan tidak mengambil berat tentang hak orang lain dalam penggunaan perpustakaan ini. 

Hormati hak orang lain untuk belajar

cadangan: pada pandangan saya, sebagai seorang pelajar yang prihatin dan yang berpendidikan tinggi, hak orang lain seharusnya dijaga. Sikap mereka itu perlu diberi teguran sama ada oleh pegawai perpustakaan itu sendiri atau orang lain. Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan akan menyakitkan hati orang lain, kerana orang lain juga pelajar sama macam mereka. Masing-masing tertekan dengan tugasan yang banyak, peperiksaan namun, masa inilah yang akan mengajar kita cara untuk membahagikan masa. Tidak salah jika kita inginkan hiburan, namun berpada-pada dan juga tengok tempat.

pesan mokyu: bicara minda mengatasi bicara mulut

06 Februari 2011

GONG XI FA CHAI

Situasi: Sempena dengan Hari Raya Cina, saya telah kembali ke kampung halaman saya di Kelantan. Saya menggunakan kemudahan awam iaitu bas dari Gua Musang. Dalam perjalanan itu, saya terdengar seorang hamba Allah sedang bercakap di telefon bimbit miliknya. 

SI A: WOIT..nate budak tu..xpayah ambik kira..biasa la nate budak tak tahu baso (tak tahu bahasa)

Komen: Memang tidak dapat dinafikan bahawa perkataan-perkataan seperti nate dan sebagainya sudah menjadi biasa dalam kalangan masyarakat di Kelantan, namun bagi saya percakapan itu dianggap terlalu biadap dan tiada kesopanan apatah lagi dengan kehadiran ramai manusia lain dalam bas itu dan boleh mengganggu hak orang lain dalam bas tersebut. Suara yang digunakan oleh lelaki itu juga terlampau kuat.

Cadangan: Pada pandangan saya, lelaki itu tidak seharusnya bersikap demikian, apatah lagi dengan suaranya yang kuat itu mengganggu orang lain. Apa salahnya jika suara diperlahankan dan gunakan perkataan yang lebih sesuai dan lebih bersopan, kerana dari sikap beliau itu, masyarakat dapat menilai sendiri karakter seseorang dan juga sikap ibu bapa di rumah dalam mendidik anaknya. 






saya sempat mengambil gambar beliau

Pesan mokyu: bahasa Cerminan bangsa
e