12 Mac 2011

GELARAN IKHTISAS


Situasi: Semasa mata saya sedang meligat mencari bahan untuk tugasan dalam surat khabar, saya terpandang pada satu artikel ini. Sungguh menarik dan penuh dengan maklumat baru mengenai isu yang berkaitan dengan politik. Namun, yang lebih mengejutkan lagi penulis itu adalah orang yang saya kenal dan saya sanjungi iaitu Dr. Hj Zulkeflee Yaacob. Namun, apa yang menjadi kemarahan saya sekarang adalah nama penulis itu dieja dan ditaip tidak seperti nama di atas iaitu “Dr. Zulkeflee b. Yaacob.


Komen: Walaupun Nampak remeh namun, panggilan Haji ini diperolehi sebagai hasil seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas. Contohnya gelaran keagamaan. Gelaran ini biasanya dikurniakan kepada orang yang beragama islam seperti orang yang menunaikan fardhu haji dan orang yang berpengetahuan dalam bidang agama. Contohnya Haji atau Hajah untuk lelaki atau perempuan yang menunaikan fardhu haji di Mekah

Cadangan: Seharusnya, pihak penerbitan harus berhati-hati dengan setiap berita yang dikeluarkan di dalam surat khabar dan sebaliknya kerana ia akan memberi satu kesan yang besar kepada penulis tersebut. Setiap patah yang ditulis oleh penulis itu adalah satu luahan hatinya. Hal ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada jasanya yang mewarnai dunia agama dan seterusnya membantu negara kita dalam menyeimbangkan antara hal dunia dan hal akhirat. 

LAGU RAKYAT

Situasi: Semasa sedang asyik membuat tugasan, tiba-tiba telinga saya terdengar satu lagu yang agak menarik bagi saya.

Watimang watimang landak 
watimang watimang landak

landak sesama landak

turun ke pantailah dek nandung 
membeli beras 
kalau hendak sesama hendak 



Watimang watimang landak 

gajah berantailah dek nandung
berantai dek nandung
lagikan terlepas



Nyiur manis pelepah lembut

watimang watimang landak
habis dimakanlah dek nandung
habislah dek nandung
si gajah gila 



Mulut manis hatipun lembut

watimang watimang landak
bagaimanalah dek nandung
manalah dek nandung
hatilah dok gila 



Komen: Pada pandangan saya, lagu ini agak menarik kerana ia berasal daripada negeri Pahang. Namun, apa yang menjadi persoalan saya disini, istilah dan perkataan yang digunakan oleh mereka langsung tidak difahami oleh saya. Contohnya dapat dilihat kepada perkataan yang diwarnai oleh saya itu langsung tidak dapat difahami akan makna dan maksudnya. Jadi jika ini lagu warisan Pahang, adakah negeri lain hanya sekdar mengikut rentaknya tanpa memahami maksud?


Cadangan: pada pandangan saya, sebagai seorang pelajar mengeshorkan supaya lagu ini dimartabatkan dengan meletakkan sekali maksud setiap baris perkataan supaya pendengar dan penutur negeri dan negara lain dapat menghayati setiap bait dalam lagu tersebut.

ADAB BAHAGIAN II

Situasi: Pada hari sabtu lepas saya dan rakan-rakan tela pergi ke pekan untuk memberi barang dapur dan sebagainya. Semasa kami keluar daripada pasaraya Grand Union, terdapat seorang mak cik tua telah menghampiri seorang pelajar sekolah dan saya beranggapan bahawa pelajar itu masih lagi belajar berdasarkan kepada buku yang dibawanya.

Mak cik: Tumpang Tanya dik..Bank Islam kat mana?
Pelajar : (tidak menjawab. Malah sibuk menekan telefonya tanpa memandang pada Mak cik itu)

Komen: Memang satu sikap yang melambangkan kurangnya adab terhadap orang tua. Pandangan negative akan diberikan kepada pelajar tersebut oleh orang ramai. Ramai yang akan beranggapan bahawa pelajar itu walaupun berpendidikan tetapi dari segi agama dan adab masih lagi dalam peringkat kritikal. Pelajar itu lebih mementingkan telefonnya daripada melayan sebentar pertanyaan Mak cik tersebut.

Cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar, sikap hormat-menghormati khususnya kepada orang tua perlu ada dalam diri mereka. Pihak guru di sekolah perlu peka dalam hal ini, kerana dengan sikap seseorang pelajar itu akan mencerminkan bagaimana sekolah dan guru mereka. Ibu bapa juga berperanan penting kerana dengan didikan mereka akan menghasilkan anak yang diingini. Didikan agama juga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. 

BAKAL GURU BAHAGIAN II

Situasi: tepat jam tujuh setengah pagi tadi, saya bergegas menaiki bas untuk ke kampus kerana ada perjumpaan dengan pensyarah. Sewaktu saya duduk, saya baru perasan kebanyakan pelajar  lebih suka duduk di bahagian belakang berbanding dengan barisan hadapan. Setelah lima minit bas bergerak, tiba-tiba saya kedengaran suara gelak ketawa yang sangat kuat. Saya berpaling ke belakang dan melihat pelajar-pelajar yang tadi berkumpul di satu kawasan dan berbual satu sama lain dan diselangi dengan gelak ketawa
.
Komen: seorang pelajar perlu menjaga tatatertib sebagai seorang bakal pendidik. Tingkah laku mereka 
menggambarkan akan sikap remaja yang bebas dan tidak beradab. Malah ada juga sesetengah daripada mereka tanpa segan silu bertepuk tampar  antara lelaki dan perempuan. Jika inilah sikap bakal guru yang akan lahir nanti, memang akan rosak  bakal pemimpin negara.

Cadangan: jika difikirkan, individu itu perlu sedar akan sikap mereka yang keterlaluan. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana masing-masing sudah menginjak kea lam dewasa. Pihak Universiti juga perlu mengambil berat akan hal ini kerana ia akan mencemarkan nama baik Universiti itu sendiri. Malah pemandu bas juga perlu mengambil peranan juga dalam hal ini dengan memberi teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajar tersebut.

BAKAL GURU


Situasi: pada tanggal 12 Mac 2011, saya menghadiri satu mesyuarat bagi Persatuan Bahasa Melayu yang bertempat di Kampus Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya dipertanggungjawabkan oleh Presiden persatuan untuk menguruskan Persembahan Drama dan Perasmian Minggu Bahasa bersama dengan seorang kawan ini yang bergelar Si F.  Perbualan ini pada tanggapan saya memang betul-betul menguji kesabaran saya sebagai seorang manusia.

Si F: Atikah. Nanti kau tolong buatkan budget untuk program ni k.
Saya: Amboi..sedapnya mengarah. Jomlah kita buat sama-sama esok.
Si F: eh..eh…aku ni pengarah program, aku arah-arah jelah.

Komen: ya. Memang tidak diakui dia pengarah program. Tapi saya rasa perbuatan ini terlalu drastic dan terlalu melampau. Jika diikutkan kepada alasannya yang ada kerja lain yang harus dilakukan esok, memang tidak dapat diterima akal kerana orang lain juga sibuk dengan komitmen masing-masing.

Cadangan: Jika diteliti kepada keadaan di atas, sebagai seorang bakal pemimpin Si F tidak seharusnya berkelakukan begitu kerana telah memberi perspektif yang negative kepadanya. Seharusnya sebagai satu pasukan utama, kami perlu berbincang bersama-sama dan perlu bersepakat dalam hal ini. 

Program Diskusi Ilmiah

Situasi: Pada malam semalam, kami sebagai Ahli Jawatankuasa bagi Program Diskusi Ilmiah telah dijemput untuk majlis makam malam bersama penasihat Program iaitu pensyarah Bahasa Melayu. Semasa makan, kami saling berbual antara satu sama lain. Tiba-tiba saya terdengar satu perbualan ini.
Si A: kau nak makan apa?
Si B: Be Hoon!!!!!

Komen: pada pandangan saya, pelajar tersebut merupakan pelajar yang berasal daripada Kelantan jika melihat kepada dialek yang digunakan. Penggunaan dialek ini semakin serasi dengan masyarakat hari ini, dan ini terbukti apabila pelajar-pelajar yang berasal dari Johor, Sarawak dan sebagainya kini sudah sebati dengan dialek tersebut. Hal ini akan menimbulkan kerumitan kepada bakal-bakal guru untuk berkomunikasi dengan pelajarnya apabila mereka keluar kelak kerana dialek Kelantan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Cadangan: Pada pandangan saya, individu tersebut berperanan besar dalam menangani hal ini. Sikap individu tersebut perlu pandai dan bijak menggunakan dialek tertentu dalam konteks yang tertentu untuk mengelakkan berlaku salah faham dalam berkomunikasi. Bukan itu sahaja, dalam konteks sebagai seorang pelajar lulusan Universiti, penggunaan bahasa Melayu standard perlu dipraktikkan seperti dalam pembentangan dalam kelas dan sebagainya.

09 Mac 2011

DIAKAH PELAJAR?

Situasi: Pada rabu malam semalaman, saya telah menghadiri satu mesyuarat sempena dengan Program Minggu Bahasa. Setelah habis mesyuarat tersebut, saya bersama rakan-rakan menaiki bas untuk pulang ke kolej. Semasa kami naik, kedengaran suara orang ramai menyanyi. Memang tidak syak lagi kerana kesemua pelajar yang berada di dalam bas tersebut memekik terlolong mengikut rentak lagu yang ditayangkan di hadapan.

Komen: Tidak wajar untuk mereka yang bergelar pelajar berkelakuan seolah-olah berada di kelab malam. Fikirkan tentang orang ramai yang turut berada dalam bas tersebut. Seperti saya juga mesti mereka akan beranggapan negative dengan pelajar-pelajar tersebut. Apatah lagi kebanyakan daripada pelajar tersebut semuanya adalah perempuan.

Cadangan: Pelajar itu sendiri perlu sedar akan situasi mereka yang mana ketika itu sedang berada di dalam bas dan herus menghormati hak orang lain. Bukan itu sahaja, pemandu bas juga perlu bertimbang rasa dengan hanya sekadar memasang lagu di radio sahaja jika perlu. Dengan cara menayangkan lagu seperti itu di hadapan, ini akan membuat seolah-olah bas tersebut satu tempat untuk berkaraoke dan sebagainya. 

08 Mac 2011

KEKURANGAN ISTILAH?


Situasi: Tepat jam Sembilan pagi, saya bergerak turun untuk menuju ke kelas. Semasa keluar daripada lif saya tertarik pada satu banner atau kain rentang satu program ini. Bukan saya berminat untuk menyertainya, namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Inilah dia kain rentang tersebut. Hal ini berlaku di Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.








Komen: Jika anda bijak apakah yang menjadi satu permasalahan di sini?Ya. Penggunaan bahasa Melayu disekalikan dengan bahasa Inggeris. Hal ini bukan lagi satu masalah besar kerana sejak akhir-akhir ini, ia seolah-olah menjadi satu fenomena biasa yang berlaku dalam negara kita Malaysia. Jika hal ini berlarutan, ia akan memberi satu kesan yang besar kepada masyarakat hari ini khususnya kepada pelajar sekolah yang akan menggunakan segala pengetahuan yang mereka tahu termasuklah pembacaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini.

Cadangan: Seperti sebelum ini saya cadangkan bahawa pihak yang harus memberi perhatian kepada masalah ini ialah pihak atasan yang meluluskan kain rentang ini untuk dihebahkan kepada orang ramai. Pastikan setiap iklan atau memo yang hendak diluluskan, penggunaan satu bahasa secara menyeluruh. Hal ini seolah-olah menggambarkan akan kekurangan istilah dalam bahasa Melayu sehingga terpaksa mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris.

JATE LAWE TINO




Situasi: Tepat jam pukul lapan pagi sebelum menuju ke kelas, saya berhibur dahulu dengan memasang radio THR. FM. Bahasa yang digunakan oleh pengacara atau DJ itu memenuhi criteria sebagai seorang yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Namun, yang menarik perhatian saya untuk membincangkannya disini ialah mengenai salah satu slot yang dikenali dengan slot “Jate lawe Tino”.

Komen: Mungkin bagi pendengar pantai Timur, mereka tidak merasa apa-apa, namun jika pendengar negeri lain, mereka mempunyai pandangan yang negatif pada slot ini. Bagi pandangan mereka, istilah jantan dan betina ini tidak bersesuaian sebagai gelaran kepada lelaki dan perempuan, malah istilah itu lebih tepat lagi sesuai dengan binatang.

Cadangan: Jika dilihat kepada situasi di atas, pengacara dan penerbit radio harus bertanggungjawab kerana ini akan merosakkan istilah-istilah bahasa melayu. Seelok-eloknya gunakan perkataan yang bersesuaian bertepatan dengan zaman kini. Bukan itu sahaja, kita sebagai pendengar ini juga boleh mengemukakan ketidakpuasan hati dengan membuat laporan kepada pihak atasan atau sebagainya kerana kita ada hak untuk segalanya dalam dunia sebagai seorang pengguna.

07 Mac 2011

PENGAWAL

Situasi: Kejadian ini berlaku pada hari ini iaitu 7/3/2011 yang mana semasa saya hendak masuk ke dalam perpustakaan untuk membuat tugasan, saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan saya diperiksa. Pada kebiasaannya, pelajar yang membawa computer sendiri akan dibenarkan masuk. Pada waktu itu juga saya membawa botol air untuk dibawa ke dalam. Semasa saya hendak melangkah masuk, pengawal itu sekali lagi menahan saya dan mengatakan bahawa botol air tidak dibenarkan  membawa masuk botol air dalam perpustakaan. Dengan mukanya yang masam, dia mengambil botol air dari tangan saya dan terus pergi.

Komen: Jika dilihat kepada situasi di atas, disini dapat dikatakan pengawal itu tidak berpegang pada etika seorang pengawal yang berhemah. Ini dapat dilihat melalui tingkahlakunya dalam menangani kes seperti yang diatas. Tambahan lagi, mimik muka yang ditunjukkan olehnya juga memperlihatkan bahawa dia tidak pandai dalam aspek sosiolinguistik iaitu cara dia bergaul dengan masyarakat khususnya pelajar di UPSI ini.

Cadangan:  Seharusnya pengawal itu perlu menyedari bahawa tindakan itu akan memberi tamparan hebat kepada pelajar itu dan seterusnya memberi perspektif yang  negative kepada pengawal itu. Pelajar itu juga harus berperanan lebih dalam hal ini dengan membuat laporan kepada pihak atasan tentang perkara ini untuk memastikan hal ini tidak lagi berulang untuk masa yang akan datang. Seterusnya pihak perpustakaan juga perlu mengenalpasti laporan yang diperolehi dan mengambil langkah yang segera dengan menghantar pengawal itu ke kursus yang berkaitan dan sebagainya. 

06 Mac 2011

ACU CUBA TRY TEST


Situasi: Semasa saya dalam lif untuk balik ke rumah, saya terdengar satu perbualan yang bagi saya menarik untuk dikongsi disini. Terdapat dua orang perempuan yang pada pandangan saya mungkin berasal daripada Kelantan.

Si A: weh...sedaknya aiskrim mung...(sedapnya aiskrim kau)

Si B: mung nak try? (kau nak cuba)

Si A: Meh ...aku cuba try test...(sini..aku nak cuba, cuba, cuba)

Komen: Terdapat tiga kesalahan yang terdapat di sini iaitu percampuran bahasa iaitu bahasa inggeris dan juga bahasa melayu. Yang kedua pula menggunakan perkataan yang setiap satunya mempunyai maksud yang sama. yang ketiga penggunaan dialek Kelantan yang amat ketara. Jika terlalu membiasakan diri dengan penggunaan dialek Kelantan dan sebagainya, apa akan jadi bila berhadapan dengan pelajar yang bukan dari Kelantan kelak?

Cadangan: seharusnya sebagai seorang pelajar yang bakal menjadi seorang guru, mereka perlu mencuba membiasakan diri dengan keadaan sekeliling. Pihak yang perlu harus sedar akan masalah ini ialah diri mereka sendiri, kerana mereka yang akan menentukan dimana mereka apabila mereka akan keluar nanti. Mereka perlu mencuba bertutur dengan bahasa yang bersesuaian dengan situasi. Bukan itu sahaja belajar menggunakan bahasa standard dengan penuh tanpa ada sebanrang percampuran bahasa dalam pertuturan dan penulisan. 

SINGKATAN I





Situasi: Terpampang terus di muka akhbar pada hari rabu bersamaan 2  Mac 2011 mengenai satu tajuk yang mungkin agak berunsur politik. Namun, di sini saya tidak berani untuk membincangkan soal politik, sebaliknya saya lebih tertarik untuk membincangkan mengenai setiap perkataan dalam tajuk utama tersebut iaitu “ Kg. Baru: Realiti atau Retorik?””.

Komen: Perkataan singkatan sering berlaku dalam penerbitan akhbar dan sebagainya. Mungkin jika kita lihat dari perspektif sebagai seorang pelajar yang dari Institusi pengajian tinggi, ia tidak memberi kesan apa-apa.Namun, jika dilihat dari perspektif seorang pelajar sekolah, mungkin dengan menggunakan perkataan ini boleh dipraktikkan di sekolah, dan hasilnya hanya mereka yang menanggung.

Cadangan: pada pandangan saya sebagai seorang bakal guru, Media cetak dan elektronik ini merupakan salah satu medium yang penting untuk menyampaikan maklumat. Jika maklumat yang disampaikan ini tidak bernas dan tidak tepat, apa akan jadi pada bakal pemimpin masa hadapan?. Pihak yang harus bertanggungjawab adalah penerbit dan penulis-penulis yang bertanggungjawab menulis ini harus peka dan perbaiki diri untuk pastikan anak didik nanti terus gemilang di tahap yang benar. 

INGGERIS LAGI


Situasi: Sekali lagi terpampang di akhbar  Utusan dalam ruangan UPSR perkataan bahasa Inggeris dan sekali lagi dicampuradukkan dengan perkataan bahasa Melayu. Ayat ini walaupun terdapat satu perkataan inggeris sahaja, sudah mampu mencemarkan bahasa melayu kita iaitu “ Sorry Tok….Willie ni sebab bawa lebih muatan kat belakang!”

Komen: Mungkin ini adalah sebagai satu cara untuk menarik pelajar membacanya namun, kesan dari hal ini sudah memalukan bahasa melayu. Hal ini seolah-olah seperti menghina bahasa melayu, seperti bahasa melayu ini sudah kekurangan istilah untuk digunakan sehingga memaksa penerbit atau penulis menulis dengan mencampuradukkan dengan bahasa inggeris. Tidak hairan jika kanak-kanak zaman sekarang juga sudah maju dalam mempraktikkan  percakapannya dengan mencampurkan bahasa inggeris dan bahasa melayu

Cadangan: pada pandangan saya sebagai seorang bakal guru, Media cetak dan elektronik ini merupakan salah satu medium yang penting untuk menyampaikan maklumat. Jika maklumat yang disampaikan ini tidak bernas dan tidak tepat, apa akan jadi pada bakal pemimpin masa hadapan?. Pihak yang harus bertanggungjawab adalah penerbit dan penulis-penulis yang bertanggungjawab menulis ini harus peka dan perbaiki diri untuk pastikan anak didik nanti terus gemilang di tahap yang benar. Malah Bahasa Melayu jika tidak diperjuangkan sehingga sekarang akan memberi kesan negative kepada anak bangsa kita pada masa akan datang. 

KONDO ATAU KONDOMINIUM?



Situasi: Surat khabar yang bertarikh 5 Mac 2011 ini memperlihatkan kelemahan penerbit dalam menghasilkan istilah yang akan memberi banyak tanggapan iaitu Penggunaan kata singkatan yang tidak terdapat dalam mana-mana kamus. Kondo atau Kondominium? 

Komen: Penggunaan kondo ini akan memberi banyak tafsiran lain kepada pembaca. Mungkin jika diteliti dari peringkat atasan, seperti golongan dewasa mereka akan memahami bahawa kondo yang dimaksudkan adalah kondominium. Namun, dari peringkat bawahan seperti pelajar sekolah rendah, mereka akan berfikir ia kondo itu adalah kondom, atau kondem dan sebagainya. Jadi ini akan memberi tafsiran yang salah kepada pelajar tersebut. Bukan itu sahaja, seperti yang saya perkatakan sebelum ini, ia akan mendedahkan pelajar tersebut kepada mempraktikkan dalam penulisan dan sebagainya. 

cadangan: Pihak yang perlu banyak berusaha untuk memastikan hal ini tidak berulang lagi ialah pihak penerbitan dengan memberi sepenuh kepekaan yang lebih kepada mana-mana berita yang akan diterbitkan. Bahkan setiap perkataan yang digunakan juga perlu diketahui maknaya memandangkan ia menjadi salah satu medium oleh pembaca menambahkan pengetahuan mereka. 

KATA SAPAAN



Situasi: Penggunaan kata sapaan berbentuk gelaran diabaikan oleh penerbit akhbar ini. Tajuk utamanya iaitu "Najib bangga Azizulhasni ikon negara" seperti merendah-rendahkan gelaran yang diperolehinya. Berbanding dengan kenyataan lain yang menggunakan gelaran yang sesuai iaitu "Dato' Seri Najib bangga Azizulhasni ikon negara".

Komen: Melalui hal ini, kedudukan seseorang seperti yang ditunjukkan di atas seolah-olah merendah-rendahkan nilai pendidikan seseorang. Kesan daripada hal ini, mungkin akan memberi anggapan negatif kepada diri individu yang tersalah panggil tadi bahawa dirinya seperti katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui isu yang berlaku di luar sana.

cadangan: Seharusnya seseorang itu harus dipanggil dengan gelaran yang sesuai dengan penglibatannya dalam sektor pendidikan. Melalui cara ini, mereka yang kita panggil dengan gelaran yang sepatutnya itu merasa dihargai dan disanjungi.

05 Mac 2011

SINGKATAN

Situasi: Akhbar semalam telah menerbitkan satu berita yang menarik dan bersemangat waja. Namun, apa yang menjadi kesalahan dalam aspek sosiolinguistik dan juga bahasa melayu. "PM BANGGA AZIZULHASNI IKON NEGARA". 

Komen: Jika diteliti tajuk tersebut, mungkin kita tidak menyedari akan kesalahannya, namun perkataan singkatan yang digunakan iaitu "PM" untuk Perdana Menteri tidak bersesuaian dengan media cetak yang sering di baca oleh orang ramai. Hal ini kerana ia akan memberi kesan yang buruk khususnya kepada pelajar yang mungkin akan mempraktikkannya di dalam peperiksaan dengan menulis singkatan-singkatan ini kerana mereka menganggap dalam surat khabar menggunakan perkataan ini, jadi ia sememangnya betul jika digunakan dalam peperiksaan dan di mana-mana sahaja.

cadangan: Pihak yang terlibat khususnya penerbit yang bakal menghasilkan berita-berita ini harus peka kepada setiap perkataan dan ayat yang dihasilkan nanti supaya tidak timbul isu salah faham dan sebagainya. Media cetak dan media elektronik juga perlu sedar bahawa mereka juga berfungsi sebagai satu medium kepada pelajar. Pihak kementerian juga perlu memastikan mereka yang melanggar dan tidak mengikut etika yang telah ditetapkan perlu dibar dari menerbitkan sebarang berita dan sebagainya. 






MEDIA MASSA

Situasi: Sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar tempatan sudah tidak segan silu untuk menhebahkan suatu berita dengan terperini. Hal ini dapat dilihat seperti berita di bawah yang tajuknya terlalu terbuka.


Pemain Perlis dituduh cabul    


SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, 
semalam, atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia 
17 tahun pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar 
Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan 
dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin. 
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan 
parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan 
yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.


Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis 
berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa. Bagi kesalahan itu, 
dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa 
melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan 
kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.

Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan jaminan sebanyak 
RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin manakala tertuduh 
diwakili peguambela, T Jayaraj. Sebutan semula kes berkenaan pada 21 Mac depan.


Komen: Seperti yang kita tahu, akhbar ini bukan sahaja dibaca oleh golongan dewasa,
malah pelajar sekolah juga turut didedahkan dengan pembacaan akhbar. Oleh yang demikian, cerita-cerita seperti ini akan mendorong pelajar untuk menjadikannya sebagai ikutan mereka. Tidak hairanlah
jika masalah social yang melibatkan pelajar sekolah semakin bertambah. Malah ada sesetengah pihak berpendapat  masalah social di sekolah ini berpunca dari sikap guru yang suka lepas tangan, sedangkan pada hakikatnya media massa yang menyumbangkan pertambahan peratusan masalah social ini.


Cadangan: Pada pandangan saya, kerajaan khususnya kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memastikan berita-berita yang disiarkan dalam surat khabar dan ditayangkan di televisyen tidak terlalu terperinci seperti di atas. Pihak ini juga harus membuat tapisan kepada setiap berita yang ingin dipertontonkan dan dihebahkan kepada orang ramai. Di sini, peranan media cetak dan media elektronik amat berat kerana semua berita dan cerita yang ditayangkan bukan sahaja menyasarkan kepada golongan dewasa semata-mata, tetapi juga golongan kanak-kanak dan juga remaja. 

KURANG ADAB

Situasi: Pekan Tanjung Malim, Perak
Masa :03.30 petang 5.02.2011


Situasi: Hari ini saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pekan Tanjung Malim untuk tujuan membeli barang bagi aktiviti kami nanti. Semasa saya sedang memerhatikan tudung yang terdapat dalam kedai, tiba-tiba mata saya terlihat satu adegan yang saya rasa agak kurang betul dari segi perlakuannya. Seorang pelajar sekolah yang  keletihan, bersiap sedia untuk melintas jalan raya kerana kereta tersebut  telah memberikan isyarat untuk berhenti. Sebaik sahaja pelajar hendak berlari melintasi jalan raya tersebut, kereta tersebut dengan lajunya memecut dan hampir-hampir melanggar pelajar tersebut.

Komen: Perlakuan pemandu ini jika ditinjau dari segi sosiobudaya, memang tidak boleh dimaafkan kerana dengan tingkahlakunya itu menunjukkan sikap sebenar dia dalam menjalinkan hubungan masyarakat.  Jika dilihat disini, pemandu itu seolah-olah sengaja mepermainkan nyawa seeorang apatah lagi seorang pelajar.

Cadangan: Seharusnya pemandu yang sebegini tidak layak memegang lessen memandu kerana hal ini akan membahayakan orang ramai. Pihak yang bertanggungjawab khusunya pihak polis perlu peka dengan ini, dan jika perlu hadapkan mereka ke muka pengadikan supaya mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka yang tidak bermoral ini. Bukan itu sahaja, masyarakat sekeliling juga perlu membantu pihak polis dalam membanteras mereka yang melanggar peraturan jalan raya yang boleh membahayakan nyawa. 



KENALI SAYA

assalamualaikum..

Lokasi: UPSI, Tanjung Malim, Perak

Situasi: Hari ini bersamaan 5/2/2011, satu program Diskusi Ilmiah yang bertajuk "Kelangsungan Tatabahasa Dewan dulu dan kini" telah diadakan. Program ini telah diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada bakal-bakal guru dalam bidang bahasa Melayu. Semasa pendaftaran peserta sedang berjalan, kami ternampak kelibat salah seorang hamba Allah. Pada mulanya saya menyangkakan bahawa hamba Allah yang dimaksudkan itu adalah seorang pelajar Master. Ekoran daripada sikapnya yang tidak mendaftar, rakan saya telah pergi menemuinya dan ini adalah perbualan yang sempat didengar oleh saya.

Pelajar: assalamualaikum encik..encik ni pelajar master ke?

Hamba Allah: tak..tinggi sikit..

Pelajar....Um...tinggi sikit? Pensyarah ke?

Hamba Allah: Ya..saya pensyarah bahasa Arab.

Komen: Mungkin jika difikirkan kembali, pelajar itu dianggap tidak sopan dan tidak mengambil tahu tentang hal dalam Universiti tersebut sehinggakan pensyarah sendiri pun tidak dikenali. Mungkin pelajar ini juga tidak harus dipersalahkan kerana mungkin pensyarah itu tidak mengajar mereka dan sebaliknya. Namun, jika dilihat disini pelajar itu perlu peka dengan keadaan sekeliling. Bukan pelajar itu sahaja, saya juga turut sama dalam masalah kali kerana pertama kali saya melihat Hamba Allah ini, saya juga tidak mengenalinya.

cadangan: Jika dilihat kepada permasalahan ini, sikap peka perlu ada dalam diri seseorang khususnya seorang pelajar. Hal ini untuk mengelakkan diri kita dianggap seperti katak di bawah tempurung. Bukan itu sahaja, seseorang pelajar juga perlu belajar mengenai gelaran yang sesuai untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai gelaran tersebut seperti Yang Berbahagia Profesor dan sebagainya. Melalui hal ini juga, 

04 Mac 2011

GRAND UNION

Salam. Bertemu kita kembali dalam diari saya yang seterusnya.

Lokasi: Grand Union, Tanjung Malim, Perak
Masa: 04.00 PM

Situasi: Pada petang sabtu, saya dan rakan sebilik telah pergi ke Pekan Tanjung Malim untuk membeli barangan dapur dan sebagainya. Kami juga telah singgah di satu kedai yang dikenali dengan nama Grand Union dan kedai itu agak terkenal dengan barangan yang murah. Setelah semua siap dibeli, kami bergerak ke kaunter yang dijaga oleh seorang wanita berbangsa India yang sudah separuh umur. Seperti biasa, kami meletakkan semua barang-barang yang hendak dibayar di atas kaunter yang disediakan. Wanita India itu seolah-olah mengamuk semasa mengira kerana selepas barang yang direkodkan dalam sistemnya, dia akan mencampakkan barangnya di dalam bakul di tepinya sebelum pembantunya mengambil balik barang itu dan dimasukkan dalam plastik dan seterusnya diserahkan kembali kepada kami. Selepas membayar duit kepada wanita india tadi, baki duit itu dihempaskan dengan kuat atas kaunter. Apatah lagi dengan mukanya yang masam dan tidak mesra

Komen: Sikap wanita itu nampak jelas bukan jenis manusia yang peramah dan juga mudah bosan dengan pelanggan. Jika diteliti, sikap ini seharusnya tidak wujud dalam diri seseorang penjual kerana mereka walau seteruk mana pun seseorang pelanggan itu, dia mesti diutamakan kerana tanpa pelanggan, siapalah mereka sebagai penjual. Bahasa badan yang ditunjukkan oleh wanita itu juga menggambarkan akan sikapnya yang tidak suka akan pelanggan, apatah lagi dengan riak wajahnya yang masam itu. Hal ini akan memberi perspektif yang negatof dari pihak pengguna kepada wanita tersebut.

cadangan: Pada pandangan saya sebagai seorang penjual, pelanggan harus diutamakan. Tidak kira sama ada pelanggan itu bangsa india, Melayu dan sebagainya kerana mereka tetap pelanggan dan menjadi faktor utama perniagaan kita. Bukan itu sahaja, mimik muka yang manis dan mesra perlu dipraktikkan dalam urusan berurus niaga sehari-hari kerana ia akan memberi pandangan positif dari pihak pengguna kepada penjual. Melalui hal ini, individu tesebut perlu bertanggungjawab dan harus menyedari bahawa pelanggan sentiasa betul. Bukan itu sahaja, pihak atasan dalam syarikat tersebut juga perlu peka dengan keadaan ini, dan seterusnya mengambil jalan terbaik seperti mengadakan kursus dan sebagainya untuk kemajuan masa hadapan. 

PRAKTIKAL SOSIOBAHASA

salam...bertemu kembali kita untuk hari ini

Situasi: Sewaktu di dalam bus untuk ke kampus, saya berjaya mendapat tempat duduk dibelakang sekali. Kebetulan waktu itu terdapat tiga orang pelajar yang berebut-rebut sambil tolak menolak sedangkan pada waktu itu bas yang dinaiki hanya satu per empat saja. Setelah lama di dalam bas, saya terdengar perbualan mereka yang saya anggap amat kurang ajar.

A: mia...kau sesuai la pakai selendang yang dia ni pakai(sambil menunjukkan tangannya ke atas kepala salah seorang pelajar lain yang sedang duduk)

B: Ish..kau ni kan..memang la sesuai.. Tapi masalahnya aku tak suka pakai sebab tak lawa.

Komen: Jika diteliti kepada perbualan di atas, memang diakui kesalahan dalam bahasa itu tidak ada. Namun, apa yang menjadi permasalahan bagi mereka sebagai seorang pelajar adalah memperkatakan sesuatu yang dipakai oleh orang lain bahawa ia tidak sesuai dengan empunya diri apatah lagi di depan individu itu sendiri. Hal ini kerana kata-kata tersebut seperti merendah-rendahkan orang lain dan ini tidak bertepatan dengan mereka sebagai seorang pelajar yang berpendidikan tinggi.

cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar dan juga seorang manusia yang mempunyai perasaan, mereka perlu sedar akan situasi tersebut. Jangan hanya tahu menilai dan menuding jari akan kelemahan orang lain. Seelok-eloknya pendamkan dahulu niat untuk memperkatakan hal yang sebegini dan biarlah ia menjadi teladan kepada hidup kita pada masa akan datang, daripada kita merendah-rendahkan orang lain.