12 Mac 2011

GELARAN IKHTISAS


Situasi: Semasa mata saya sedang meligat mencari bahan untuk tugasan dalam surat khabar, saya terpandang pada satu artikel ini. Sungguh menarik dan penuh dengan maklumat baru mengenai isu yang berkaitan dengan politik. Namun, yang lebih mengejutkan lagi penulis itu adalah orang yang saya kenal dan saya sanjungi iaitu Dr. Hj Zulkeflee Yaacob. Namun, apa yang menjadi kemarahan saya sekarang adalah nama penulis itu dieja dan ditaip tidak seperti nama di atas iaitu “Dr. Zulkeflee b. Yaacob.


Komen: Walaupun Nampak remeh namun, panggilan Haji ini diperolehi sebagai hasil seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas. Contohnya gelaran keagamaan. Gelaran ini biasanya dikurniakan kepada orang yang beragama islam seperti orang yang menunaikan fardhu haji dan orang yang berpengetahuan dalam bidang agama. Contohnya Haji atau Hajah untuk lelaki atau perempuan yang menunaikan fardhu haji di Mekah

Cadangan: Seharusnya, pihak penerbitan harus berhati-hati dengan setiap berita yang dikeluarkan di dalam surat khabar dan sebaliknya kerana ia akan memberi satu kesan yang besar kepada penulis tersebut. Setiap patah yang ditulis oleh penulis itu adalah satu luahan hatinya. Hal ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada jasanya yang mewarnai dunia agama dan seterusnya membantu negara kita dalam menyeimbangkan antara hal dunia dan hal akhirat. 

LAGU RAKYAT

Situasi: Semasa sedang asyik membuat tugasan, tiba-tiba telinga saya terdengar satu lagu yang agak menarik bagi saya.

Watimang watimang landak 
watimang watimang landak

landak sesama landak

turun ke pantailah dek nandung 
membeli beras 
kalau hendak sesama hendak 



Watimang watimang landak 

gajah berantailah dek nandung
berantai dek nandung
lagikan terlepas



Nyiur manis pelepah lembut

watimang watimang landak
habis dimakanlah dek nandung
habislah dek nandung
si gajah gila 



Mulut manis hatipun lembut

watimang watimang landak
bagaimanalah dek nandung
manalah dek nandung
hatilah dok gila 



Komen: Pada pandangan saya, lagu ini agak menarik kerana ia berasal daripada negeri Pahang. Namun, apa yang menjadi persoalan saya disini, istilah dan perkataan yang digunakan oleh mereka langsung tidak difahami oleh saya. Contohnya dapat dilihat kepada perkataan yang diwarnai oleh saya itu langsung tidak dapat difahami akan makna dan maksudnya. Jadi jika ini lagu warisan Pahang, adakah negeri lain hanya sekdar mengikut rentaknya tanpa memahami maksud?


Cadangan: pada pandangan saya, sebagai seorang pelajar mengeshorkan supaya lagu ini dimartabatkan dengan meletakkan sekali maksud setiap baris perkataan supaya pendengar dan penutur negeri dan negara lain dapat menghayati setiap bait dalam lagu tersebut.

ADAB BAHAGIAN II

Situasi: Pada hari sabtu lepas saya dan rakan-rakan tela pergi ke pekan untuk memberi barang dapur dan sebagainya. Semasa kami keluar daripada pasaraya Grand Union, terdapat seorang mak cik tua telah menghampiri seorang pelajar sekolah dan saya beranggapan bahawa pelajar itu masih lagi belajar berdasarkan kepada buku yang dibawanya.

Mak cik: Tumpang Tanya dik..Bank Islam kat mana?
Pelajar : (tidak menjawab. Malah sibuk menekan telefonya tanpa memandang pada Mak cik itu)

Komen: Memang satu sikap yang melambangkan kurangnya adab terhadap orang tua. Pandangan negative akan diberikan kepada pelajar tersebut oleh orang ramai. Ramai yang akan beranggapan bahawa pelajar itu walaupun berpendidikan tetapi dari segi agama dan adab masih lagi dalam peringkat kritikal. Pelajar itu lebih mementingkan telefonnya daripada melayan sebentar pertanyaan Mak cik tersebut.

Cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar, sikap hormat-menghormati khususnya kepada orang tua perlu ada dalam diri mereka. Pihak guru di sekolah perlu peka dalam hal ini, kerana dengan sikap seseorang pelajar itu akan mencerminkan bagaimana sekolah dan guru mereka. Ibu bapa juga berperanan penting kerana dengan didikan mereka akan menghasilkan anak yang diingini. Didikan agama juga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat. 

BAKAL GURU BAHAGIAN II

Situasi: tepat jam tujuh setengah pagi tadi, saya bergegas menaiki bas untuk ke kampus kerana ada perjumpaan dengan pensyarah. Sewaktu saya duduk, saya baru perasan kebanyakan pelajar  lebih suka duduk di bahagian belakang berbanding dengan barisan hadapan. Setelah lima minit bas bergerak, tiba-tiba saya kedengaran suara gelak ketawa yang sangat kuat. Saya berpaling ke belakang dan melihat pelajar-pelajar yang tadi berkumpul di satu kawasan dan berbual satu sama lain dan diselangi dengan gelak ketawa
.
Komen: seorang pelajar perlu menjaga tatatertib sebagai seorang bakal pendidik. Tingkah laku mereka 
menggambarkan akan sikap remaja yang bebas dan tidak beradab. Malah ada juga sesetengah daripada mereka tanpa segan silu bertepuk tampar  antara lelaki dan perempuan. Jika inilah sikap bakal guru yang akan lahir nanti, memang akan rosak  bakal pemimpin negara.

Cadangan: jika difikirkan, individu itu perlu sedar akan sikap mereka yang keterlaluan. Hal ini seharusnya tidak berlaku kerana masing-masing sudah menginjak kea lam dewasa. Pihak Universiti juga perlu mengambil berat akan hal ini kerana ia akan mencemarkan nama baik Universiti itu sendiri. Malah pemandu bas juga perlu mengambil peranan juga dalam hal ini dengan memberi teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajar tersebut.

BAKAL GURU


Situasi: pada tanggal 12 Mac 2011, saya menghadiri satu mesyuarat bagi Persatuan Bahasa Melayu yang bertempat di Kampus Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya dipertanggungjawabkan oleh Presiden persatuan untuk menguruskan Persembahan Drama dan Perasmian Minggu Bahasa bersama dengan seorang kawan ini yang bergelar Si F.  Perbualan ini pada tanggapan saya memang betul-betul menguji kesabaran saya sebagai seorang manusia.

Si F: Atikah. Nanti kau tolong buatkan budget untuk program ni k.
Saya: Amboi..sedapnya mengarah. Jomlah kita buat sama-sama esok.
Si F: eh..eh…aku ni pengarah program, aku arah-arah jelah.

Komen: ya. Memang tidak diakui dia pengarah program. Tapi saya rasa perbuatan ini terlalu drastic dan terlalu melampau. Jika diikutkan kepada alasannya yang ada kerja lain yang harus dilakukan esok, memang tidak dapat diterima akal kerana orang lain juga sibuk dengan komitmen masing-masing.

Cadangan: Jika diteliti kepada keadaan di atas, sebagai seorang bakal pemimpin Si F tidak seharusnya berkelakukan begitu kerana telah memberi perspektif yang negative kepadanya. Seharusnya sebagai satu pasukan utama, kami perlu berbincang bersama-sama dan perlu bersepakat dalam hal ini. 

Program Diskusi Ilmiah

Situasi: Pada malam semalam, kami sebagai Ahli Jawatankuasa bagi Program Diskusi Ilmiah telah dijemput untuk majlis makam malam bersama penasihat Program iaitu pensyarah Bahasa Melayu. Semasa makan, kami saling berbual antara satu sama lain. Tiba-tiba saya terdengar satu perbualan ini.
Si A: kau nak makan apa?
Si B: Be Hoon!!!!!

Komen: pada pandangan saya, pelajar tersebut merupakan pelajar yang berasal daripada Kelantan jika melihat kepada dialek yang digunakan. Penggunaan dialek ini semakin serasi dengan masyarakat hari ini, dan ini terbukti apabila pelajar-pelajar yang berasal dari Johor, Sarawak dan sebagainya kini sudah sebati dengan dialek tersebut. Hal ini akan menimbulkan kerumitan kepada bakal-bakal guru untuk berkomunikasi dengan pelajarnya apabila mereka keluar kelak kerana dialek Kelantan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Cadangan: Pada pandangan saya, individu tersebut berperanan besar dalam menangani hal ini. Sikap individu tersebut perlu pandai dan bijak menggunakan dialek tertentu dalam konteks yang tertentu untuk mengelakkan berlaku salah faham dalam berkomunikasi. Bukan itu sahaja, dalam konteks sebagai seorang pelajar lulusan Universiti, penggunaan bahasa Melayu standard perlu dipraktikkan seperti dalam pembentangan dalam kelas dan sebagainya.

09 Mac 2011

DIAKAH PELAJAR?

Situasi: Pada rabu malam semalaman, saya telah menghadiri satu mesyuarat sempena dengan Program Minggu Bahasa. Setelah habis mesyuarat tersebut, saya bersama rakan-rakan menaiki bas untuk pulang ke kolej. Semasa kami naik, kedengaran suara orang ramai menyanyi. Memang tidak syak lagi kerana kesemua pelajar yang berada di dalam bas tersebut memekik terlolong mengikut rentak lagu yang ditayangkan di hadapan.

Komen: Tidak wajar untuk mereka yang bergelar pelajar berkelakuan seolah-olah berada di kelab malam. Fikirkan tentang orang ramai yang turut berada dalam bas tersebut. Seperti saya juga mesti mereka akan beranggapan negative dengan pelajar-pelajar tersebut. Apatah lagi kebanyakan daripada pelajar tersebut semuanya adalah perempuan.

Cadangan: Pelajar itu sendiri perlu sedar akan situasi mereka yang mana ketika itu sedang berada di dalam bas dan herus menghormati hak orang lain. Bukan itu sahaja, pemandu bas juga perlu bertimbang rasa dengan hanya sekadar memasang lagu di radio sahaja jika perlu. Dengan cara menayangkan lagu seperti itu di hadapan, ini akan membuat seolah-olah bas tersebut satu tempat untuk berkaraoke dan sebagainya. 

08 Mac 2011

KEKURANGAN ISTILAH?


Situasi: Tepat jam Sembilan pagi, saya bergerak turun untuk menuju ke kelas. Semasa keluar daripada lif saya tertarik pada satu banner atau kain rentang satu program ini. Bukan saya berminat untuk menyertainya, namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Inilah dia kain rentang tersebut. Hal ini berlaku di Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.








Komen: Jika anda bijak apakah yang menjadi satu permasalahan di sini?Ya. Penggunaan bahasa Melayu disekalikan dengan bahasa Inggeris. Hal ini bukan lagi satu masalah besar kerana sejak akhir-akhir ini, ia seolah-olah menjadi satu fenomena biasa yang berlaku dalam negara kita Malaysia. Jika hal ini berlarutan, ia akan memberi satu kesan yang besar kepada masyarakat hari ini khususnya kepada pelajar sekolah yang akan menggunakan segala pengetahuan yang mereka tahu termasuklah pembacaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini.

Cadangan: Seperti sebelum ini saya cadangkan bahawa pihak yang harus memberi perhatian kepada masalah ini ialah pihak atasan yang meluluskan kain rentang ini untuk dihebahkan kepada orang ramai. Pastikan setiap iklan atau memo yang hendak diluluskan, penggunaan satu bahasa secara menyeluruh. Hal ini seolah-olah menggambarkan akan kekurangan istilah dalam bahasa Melayu sehingga terpaksa mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris.

JATE LAWE TINO




Situasi: Tepat jam pukul lapan pagi sebelum menuju ke kelas, saya berhibur dahulu dengan memasang radio THR. FM. Bahasa yang digunakan oleh pengacara atau DJ itu memenuhi criteria sebagai seorang yang berbangsa melayu dan beragama Islam. Namun, yang menarik perhatian saya untuk membincangkannya disini ialah mengenai salah satu slot yang dikenali dengan slot “Jate lawe Tino”.

Komen: Mungkin bagi pendengar pantai Timur, mereka tidak merasa apa-apa, namun jika pendengar negeri lain, mereka mempunyai pandangan yang negatif pada slot ini. Bagi pandangan mereka, istilah jantan dan betina ini tidak bersesuaian sebagai gelaran kepada lelaki dan perempuan, malah istilah itu lebih tepat lagi sesuai dengan binatang.

Cadangan: Jika dilihat kepada situasi di atas, pengacara dan penerbit radio harus bertanggungjawab kerana ini akan merosakkan istilah-istilah bahasa melayu. Seelok-eloknya gunakan perkataan yang bersesuaian bertepatan dengan zaman kini. Bukan itu sahaja, kita sebagai pendengar ini juga boleh mengemukakan ketidakpuasan hati dengan membuat laporan kepada pihak atasan atau sebagainya kerana kita ada hak untuk segalanya dalam dunia sebagai seorang pengguna.

07 Mac 2011

PENGAWAL

Situasi: Kejadian ini berlaku pada hari ini iaitu 7/3/2011 yang mana semasa saya hendak masuk ke dalam perpustakaan untuk membuat tugasan, saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan saya diperiksa. Pada kebiasaannya, pelajar yang membawa computer sendiri akan dibenarkan masuk. Pada waktu itu juga saya membawa botol air untuk dibawa ke dalam. Semasa saya hendak melangkah masuk, pengawal itu sekali lagi menahan saya dan mengatakan bahawa botol air tidak dibenarkan  membawa masuk botol air dalam perpustakaan. Dengan mukanya yang masam, dia mengambil botol air dari tangan saya dan terus pergi.

Komen: Jika dilihat kepada situasi di atas, disini dapat dikatakan pengawal itu tidak berpegang pada etika seorang pengawal yang berhemah. Ini dapat dilihat melalui tingkahlakunya dalam menangani kes seperti yang diatas. Tambahan lagi, mimik muka yang ditunjukkan olehnya juga memperlihatkan bahawa dia tidak pandai dalam aspek sosiolinguistik iaitu cara dia bergaul dengan masyarakat khususnya pelajar di UPSI ini.

Cadangan:  Seharusnya pengawal itu perlu menyedari bahawa tindakan itu akan memberi tamparan hebat kepada pelajar itu dan seterusnya memberi perspektif yang  negative kepada pengawal itu. Pelajar itu juga harus berperanan lebih dalam hal ini dengan membuat laporan kepada pihak atasan tentang perkara ini untuk memastikan hal ini tidak lagi berulang untuk masa yang akan datang. Seterusnya pihak perpustakaan juga perlu mengenalpasti laporan yang diperolehi dan mengambil langkah yang segera dengan menghantar pengawal itu ke kursus yang berkaitan dan sebagainya.