26 Januari 2011

MURAI TERCABUT EKOR

Assalamualaikum semua....

Hari ini merupakan hari yang paling meletihkan kerana terpaksa berebut-rebut untuk menaiki bas daripada Proton City, Tanjung Malim ke Kolej Harun Aminurrashid. Semasa dalam perjalanan, terdapat satu situasi yang betul-betul membuatkan aku terkejut dengan sikap mereka sebagai seorang pelajar UPSI.


TEMPAT: SUASANA DALAM BAS UPSI
MASA: 01.00PM
TARIKH: 26-01-2011


Situasi:Berkat kesabaran aku berebut bas, akhirnya aku berjaya mendapatkan tempat duduk. Terdapat ramai pelajar yang terpaksa berdiri kerana tiada ruang untuk duduk. Setelah bas ini berlalu dan melintasi satu kawasan, yang mana kawasan itu ramai pelajar sedang beratur untuk menaiki bas yang seterusnya. Tiba-tiba telingaku terdengar satu perbualan yang amat menyakitkan hatiku. 


SI A: Kau..Cuba tengok sana...(sambil memuncungkan mulutnya diluar tingkap)

SI B: hahahhaha.....(sambil memegang perutnya)

SI A: hahah...ini mesti semester 1 ni...siap beratur lagi...skema nak mampus budak-budak ni...(sambil ketawa)

SI B: senang je nak tahu diorang semester berapa,,,,kau tengok kat leher diorang...macam lembu dah pakai kad matrik..

Komen: Apa salahnya jika beratur? Perbualan mereka itu menunjukkan bahawa mereka tidak suka melakukan sesuatu berdasarkan peraturan. Perangai mereka yang suka ketawakan orang lain, memang betul-betul membuatkan pelajar-pelajar lain berasa jelik. Tiada salahnya jika beratur untuk menaiki bas, malah lebih selamat dan adil untuk semua pelajar. Pemakaian Kad Matrik pula merupakan salah satu peraturan Universiti dan mewajibkan supaya dipakai sepanjang masa sewaktu di kampus untuk pengenalan diri dan sebagainya. Tidak wajar jika pelajar ini berkelakuan biadap di depan, apatah lagi menganalogikan pelajar yang memakai kad matrik tadi seperti lembu.


Cadangan: Pada pandangan saya, sebagai seorang pelajar apatah lagi bakal pendidik anak bangsa, mereka tidak boleh berkelakuan sebegitu kerana sikap itu mendedahkan bahawa anda mempunyai karakter yang negatif. Pada pandangan saya, pelajar sebegini harus diberi bimbingan dan penasihatan mengenai cara menghormati orang lain dan menggunakan perkataan sesuai jika berbual dalam keadaan audiens yang ramai. 

pesan mokyu: jangan bandingkan orang lain dengan binatang
kerana sikap anda itu menunjukkan anda spesis binatang kerana menganiayai makhluk Allah. 



24 Januari 2011

DISKUSI INTERLOK

Assalamualaiku sekali lagi..

Tajuk ini menarik dan penuh dengan Kontroversi. Bukan niat saya untuk membangkitkan isu ini, cuma saya hanya ingin berkongsi pengalaman saya dengan para pembaca semua hari ini.

TAJUK: DISKUSI NOVEL INTERLOK
MASA : 2.00PM-4.00PM
TEMPAT :PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN


Semasa program ini berlangsung seorang Pelajar UPSI iaitu SANJAY telah mengemukakan seolan kepada ahli panel mengenai novel tersebut. Beliau menanyakan soalan tersebut sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Setelah program ini tamat, saya telah bertembung dengannya. Buat pengetahuan semua, beliau berasal daripada Kuala Krai. Perbualan antara saya dengan dia menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan pembaca semua hari ini.

Saya: Sanjay..wa bijak soalan awak tadi.

Sanjay: biasa aje...saya tak pandai nak cakap bahasa Melayu sebab tu saya cakap bahasa Inggeris sepenuhnya. Takkan nak cakap dalam loghat Kelantan kot..

Hal ini mengingatkan saya kepada penyataan salah seorang artis di Malaysia iaitu Sharifah Amani dengan kenyataan ini.

"I'M LOOK STUPID WHEN I TALK IN MALAY"

komen: Siapa orang Malaysia disini?Jika tidak tahu untuk berbahasa Melayu, orang itu bukan orang Malaysia. seharusnya hal ini tidak terjadi, apatah lagi jika kita ini merupakan bakal guru yang akan mengajar murid-murid yang pelbagai bangsa. Seperti yang saya katakan ini, seseorang akan kelihatan lebih bodoh jika beliau tidak dapat menguasai bahasa Melayu khusunya jika dia seorang warga Malaysia.

cadangan: seharusnya sebagai seorang pelajar dan bakal menjadi seorang idola kepada generasi yang seterusnya, beliau perlu menguasai Bahasa Melayu dengan lancar supaya kelak nanti anda tidak akan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Seharusnya kita bangga menggunakan bahasa melayu ini kerana bahasa ini sudah menjadi satu bahasa yang berkembang dan sudah diangkat sebagai satu bahasa perhubungan luas. 

pesan mokyu: Bahasa melambangkan budaya

Sesi Diskusi Novel Interlok

Pendiskusi

Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Hasan (UPSI)
Mana Sikana (UPSI)
A.Halim Ali (BUDIMAN)
                      

BISU TAK BERTEMPAT

Assalamualaikum..

Apa khabar semuanya? Atikah harap semuanya sihat sahaja. Hari ini saya akan berkongsi suatu pengalaman yang terjadi di cafe Proton city, Tanjung Malim.

Tarikh: 24-01-2010
masa  : 8.45 am
Tempat: Proton ity, Tanjung Malim Perak

Situasi: Saya bersama dengan rakan-rakan yang lain termasuklah Norhidayah, Nurasikin dan Noreda bergerak menuju ke cafe untuk makan pagi. Semasa saya sedang menunggu untuk mengambil roti anai, kebetulan terdapat seorang pelajar lelaki yang berada di tepi saya dan sedang mengambil kuah roti anai. saya terdengar perbualan antara pakik yang membuat roti canai dengan pelajar tersebut

Pak cik itu bertanya kepada pelajar lelaki itu

Pak cik: Dik, kuah ada lagi tak dalam tu?

pelajar Lelaki: ..................(senyap menyepikan diri)

Pak cik: Dik...pak cik tanya ni..kuah ada lagi tak dalam bekas tu?

Pelajar itu: ...........(senyap lagi sambil mengambil kuah)

Aku tidak sedap hati lalu terpaksa menyampuk.

Aku: ada lagi pak cik. Sikit je ada.

Pak cik: Orang tanya buat bodoh aje. Bisu ke apa....ada ke suruh cewek yang jawab. 

Aku: bukan bisu la pak cik, dia cuma terkedu.

Komen: Perkara ini seharusnya tidak berlaku apatah lagi di kawasan Universiti. Berdasarkan kepada apa yang saya lihat, kedua-dua manusia ini bersalah kerana masing-masing ego dengan sikap tidak mahu mengalah. Khususnya dapat dilihat kepada sikap pelajar lelaki itu yang berperangai seolah-olah keras kepala dan degil. Hal ini kerana, seharusnya apabila pak cik itu menanyakan soalan dan sebagainya, sementara sikap pak cik itu yang marah-marah dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sesuai dan tidak beradap untuk menegurnya.

cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar, kita perlu beradap dengan mereka yang lebih tua daripada kita. Pelajar itu seharusnya tidak mendiamkan diri sahaja, kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai biadap kerana bahasa badan juga menunjukkan peribadi seseorang yang tidak beradab. Sementara Pak cik itu pula perlu bersikap lebih tertutup sedikit memandangkan disekelilingnya dipenuhi dengan pelajar. Percakapan itu perlu menjurus kepada penggunaan bahasa yang lebih baik dengan tidak menggunakan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan si pendengar. 

pesan mokyu:: Biar mati anak
                       Jangan mati adat

21 Januari 2011

BOLEH KE??

HAI..

Hari ini merupakan hari yang paling malang untuk kawan saya iaitu NURASIKIN dan juga NOREDA kerana terpaksa ditinggalkan oleh bas yang dipandu oleh Pak cik yang garang.


Situasi: Lebih kurang pukul 7.30 pagi tadi, saya dan kawan-kawan termasuklah Hidayah, Eda, Ekien, Eni dan Aida berasak-asak untuk menaiki bas. Saya dan Hidayah terlebih dahulu menaiki bas. Sebaik sahaja Noreda melangkah kaki untuk menaiki tangga, tiba-tiba pintu ditutup. Semua orang terkejut dengan tindakannya.

Saya: Pak cik,,nanti dulu. Ada orang nak naik lagi

Pak cik: Kan dah penuh ni..Takkan nak sumbat lagi. (katanya sambil memecut laju hingga menyebabkan saya hampir terjatuh)

Komen: Banyak yang perlu saya komen disini untuk situasi hari ini. Sebagai seorang pemandu yang mempunyai lesen memandu, itu boleh dianggap sebagai pemandu berhemah. Namun sikap pakcik bas ini memberi pandangan negatif kepada masyarakat sekeliling, apatah lagi dengan sikapnya yang tidak memberi ruang kepada penumpang naik padahal ruangan dalam bas itu masih luas dan mampu memuatkan ramai lagi penumpang. Sikap ini seolah-olah menjurus kepada kepentingan diri sendiri daripada memikirkan kepada kepentingan orang lain. Sikap kurang ajar Pakcik ini juga dapat dilihat kepda sikapnya yang memecut laju bas itu. Bayangkan jika semasa memecut itu terdapat pelajar yang sedang melintas? sikap ini keterlaluan bagi seorang pemandu bas yang bertauliah.

cadangan: Sebagai seorang pelajar, saya berasa bertanggungjawab untuk menjaga hak saya sebagai seorang pelajar yang telah membayar kos pengangkutan untuk ke kampus dan sebagainya. Sebagai seorang pemandu bas apatah lagi membawa penumpang khususnya pelajar, beliau perlu diberi kursus semula tentang ara-ara melayan penumpang dan bersikap sabar melayan pelbagai kerenah pelajar. Pemandu itu juga perlu didedahkan kepada undang-undang semasa berada dalam zon seperti kawasan kolej dan juga kampus.Jangan biarkan hidup kita jadi macam ni


pesan mokyu: berhati-hati di jalan raya
ingatlah orang yang tersayang

20 Januari 2011

SALAH GARUDA (INDONESIA) ATAU HARIMAU MALAYA (MALAYSIA)



Adakah kali ini kita akan membicarakan tentang Piala Suzuki AFF yang mana melibatkan pasukan GARUDA (INDONESIA) atau HARIMAU MALAYA(MALAYSIA)????


Harimau Malaya
Garuda 

Tiada niat dihati saya untuk membicarakan hal sukan untuk entry kali ini. cukuplah jika saya katakan bahawa saya amat berbangga dengan penampilan Malaysia dalam arena bola sepak. Beralih kepada topik asal hari ini, saya tertarik kepada satu perbualan hangat sekumpulan remaja yang dalam linkungan 15 tahun.

Situasi: Semasa saya dalam perjalanan untuk ke kedai di kawasan Kolej Harun Aminurrashid di UPSI, saya terdengar satu perbualan yang agak melucukan dan juga merosakkan. Memang betul-betul menggelikan hati.

SI A: Kau ambik jer apa yang kau nak. Jangan lebih dari lima ringgit tau

SI B: Ngak maok la..aku ngak punya money..

SI A: Ngak apa-apa sih...aku yang bayarnya. Bukan kamu.

Komen: Kenapa perkara sebegini berlaku?Adakah salah pihak Indonesia?atau salah pihak di Malaysia? Bahasa Melayu seolah-olah satu bahasa sampingan untuk rakyat Malaysia. Bahasa melayu yang digunakan sebagai bahasa perhubungan luas, kini semakin tenggelam dengan arus pemodenan. Bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia semakin mengambil tempat hati rakyat Malaysia. Pada pandangan saya, hal ini berpunca daripada sikap penerbit yang lebih suka menayangkan cerita Indonesia. Jika tidak percaya lihat di bawah ini:

ALISA TV3

BENcI BILANG cINTA  ASTRO RIA


SEJUTA cINTA MARSHANDA (TERBARU TV3))

SAFA DAN MARWAH (ASTRO PRIMA)

Diatas itu adalah antara cerita Indonesia yang dikenali ramai dan mendapat tempat dihati penonton. jadi jika difikirkan ini adalah salah siapa?salah penerbit yang menerbitkan?atau salah  yang menerbitkan cerita melayu yang hambar?

cadangan: Pada pandangan saya, pelbagai pihak terutama sekali Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan harus memainkan peranan penting tentang masalah ini. Mereka perlu menapis cerita yang bakal ditayangkan. Penerbit melayu yang membuat cerita juga perlu menjadikan drama dari Indonesia sebagai model untuk menghasilkan cerita yang menarik hati. Peliharalah Bahasa Melayu sebelum tenggelam.

Pesan mokyu: Bahasa kita tanggungjawab bersama
Jagalah ia sebelum terkubur





19 Januari 2011

CANTIK KE?



ASSALAMUALAIKUM..

Saya datang lagi hari ini. Hari ini kita akan cuba membincangkan mengenai masalah sesetengah manusia yang lebih suka menggunakan bahasa atau perkataan mengikut kehendak hatinya tanpa memikirkan bahaswa dalam penggunaan bahasa juga mempunyai undang-undang tersendiri. Saya tertarik kepada salah satu iklan yang terpampang di papan kenyataan di UPSI, Tanjung Malim.


Situasi: Memo ini saya peroleh dari papan kenyataan aras tiga Kolej Harun Aminurrashid, UPSI. 

Apakah ini cara terbaru untuk tulisan kita kelihatan cantik??
Saya akan bulatkan kepada perkara yang saya rasa agak menarik untuk dikongsi dan mencari permasalahan untuk masalah ini. 

Nampak tak??
cara tulisan yang digunakan oleh mereka??
Kepelbagai tulisan yang digunakan oleh mereka tidak bergantung kepada undang yang telah ditetapkan.

komen: Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana pada anggapan saya sesiapa sahaja yang menulis memo ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pendidikan tinggi, dan harus tahu bahawa bahasa melayu juga mempunyai undang-undang yang tersendiri. Apatah lagi memo ini dibaca oleh semua pelajar.

cadangan: Perlu fokus kepada keadaan atau situasi sama ada untuk menulis huruf besar atau kecil. Paling penting adalah huruf keil dan huruf besar tidak boleh dicampurkan bersama kerana memang undang-undang bahasa begitu. 

pesanan mok yu: jangan kerana kecantikan kita abaikan semuanya
                                           kerana apa yang kita abaikan terlalu penting untuk segalanya

18 Januari 2011

ROSAKNYA PANTUN


Assalamualaiku dan salam sejahtera..

Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan mengenai penggunaan pantun dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Saya ingin menfokuskan hal ini kepada kalangan artis termsuklah pelakon, pelawak dan sebagainya kerana mereka sering kali menyalahgunakan penggunaan pantun sedangkan mereka merupakan inspirasi utama khususnya kepada pelajar.

sebahagian daripada peserta Raja Lawak 5










Muka Baru Pengkritik Tetap Raja Lawak 5
pengkritik RAja Lawak musim k




Situasi: Program Raja Lawak merupakan salah satu program Astro yang dianggap menjadi kegemaran ramai masyarakat hari ini khususnya untuk mengurangkan tekanan.Setelah mendapat tontonan ramai, akhirnya pihak Astro telah menghasilkan Raja Lawak siri ke 5. Program siri ke 5 ini telah bermula pada malam jumaat minggu lepas iaitu 14/01/2010 iaitu pada jam 9 malam. Selepas sahaja sesebuah kumpulan membuat persembahan, ketiga-tiga pengkritik ini menggunakan pantun yang pada pandangan saya pantun itu mengarut . Pantun itu yang dahulunya dicipta dengan indah kini digunakan oleh mereka untuk  berjenaka. Merekan mengubah rangkap pantun itu sesuka hati dan tidak logik serta keterlaluan.

komen: Pantun ini bukan satu medium atau alat yang boleh diubahsuai sesuka hati kerana dengan Pantun ini kita akan dapat menegur seseorang tanpa menggunakan bahasa yang berterus terang. Saya memang bangga dengan pengkritik-pengkritik ini kerana walaupun mereka bukan orang melayu (Sattiya dan David Teo) tetapi mereka tetap menggunakan pantun sebagai medium utama. Walaupun begitu, pantun itu mestilah bersesuaian dengan situasi dan keadaan kerana setiap apa yang dilakukan dan dituturkan oleh para artis ini akan diikut oleh masyarakat. Kesan daripada hal ini, pantun akan dieksploitasi dengan  cara yang mengarut dan bertukar-bertukar

cadangan: pada pandagan saya sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Melayu, untuk menjadikan pantun sebagai medium utama dalam sesuatu perbualan, kita perlu memastikan bahawa pantun itu sesuai dengan situasi yang akan digunakan kerana jika berlaku salah penggunaan pantun, mungkin pihak anda sendiri akan diketawakan kerana kekurangan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan pantun. Untuk lebih selesa, selidik dahulu pantun itu supaya rima dan isi itu serasi antara rangkap dengan rangkap yang lain.

pesan mokyu: Biar miskin harta
                      Jangan miskin ilmu

16 Januari 2011

PILIHAN ANDA: MULUT ATAU SYILING

selamat sejahtera semua..


Adakah anda semakin pelik??
Apa kaitan mulut dengan syiling??
Adakah ianya seperti ini???



Tajuk saya ini amat berlainan dengan gambar diatas. Jauh sekali.


Keadaannya begini. Petang semalam sewaktu saya sedang membeli tiket Monorail untuk ke Stesen Hang Tuah, saya tidak sedar bahawa baki yang diberi oleh kerani di kaunter itu tidak mencukupi. Selepas mengambil baki, saya keluar dari barisan beratur yang panjang. Tiba-tiba terdengar ketukan syiling yang sangat kuat di kaunter. saya terus menoleh sambil kerani itu meletakkan sahaja baki itu di kaunter tersebut dengan mukanya dipandang ke tempat lain. 

komen: Memang tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kerani itu tidak beradab dalam perniagaan. Apatah lagi dengan caranya yang mengetuk syiling itu seolah-olah mulutnya sudah terkunci untuk berkata-kata. 

cadangan: dalam perkara ini, seseorang kerani atau penjual dan sebagainya harus beradab dalam melakukan sesuatu perniagaan. sekurang-kurangnya maniskan mulut dengan senyuman dan ucapan yang sepatutnya contohnya "maaf cik, baki anda" atau "terima kasih, datang lagi". mereka juga perlu diberikan kursus yang sewajarnya dalam melayan pelanggan kerana moto mereka adalah "customer first (pelanggan didahulukan). 


P/S : KURANGKAN GULA DALAM MINUMAN
TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN

"ADA APA DENGAN ALAT BANTU PENDENGARAN "EARPHONE"

ASSALAMUALAIKUM TEMAN BIcARA...


Mesti pelik dengan tajuk saya pada kali ini. 
 "Ada apa dengan alat bantu pendengaran
(earphone)"

Situasinya begini pada pagi sabtu iaitu pada 15/01/2011, saya ke Kuala Lumpur dengan menaiki LRT. 

Lenguh jugak nak sampai rumah kakak


Semasa saya  di dalam LRT dan berhenti ke stesyen berikutnya, saya perhatikan terdapat seorang remaja berbangsa cina yang khusyuk melayan lagu dengan alat bantu pendengaran (earphone) dan disebelahnya pula terdapat kerusi kosong. Setelah LRT itu berhenti ke Stesen berikutnya iaitu stesen Wangsa Maju, terdapat seorang perempuan yang merupakan seorang yang berkerjaya (berdasarkan kepada tag nama yang dipakai) terus bergerak laju ke tempat kosong yang bersebelahan dengan remaja lelaki tadi. Beliau terus bertanya sambil menunjukkan kepada kerusi kosong itu.

W (wanita): Dik..ada orang tak kat sini??

R(remaja): ...........(sambil melihat wanita namun tidak menjawab soalan itu ).

W(wanita): takpelah..(sambil berjalan menghampiri pintu keluar LRT dan berdiri di situ dalam masa yang lama.

komen: Remaja lelaki tadi terus hanyut dengan lagu-lagu dalam earphone sambil terhangguk-hangguk kepalanya. perbuatan itu dianggap keterlaluan kerana ini boleh membuat wanita tadi berasa malu kerana soalannya tadi tidak dipedulikan. Remaja itu seolah-olah tiada perasaan dengan membiarkan sahaja wanita itu pergi sedangkan kerusi disebelahnya masih kosong.

cadangan: Seharusnya remaja itu tadi boleh menggunakan bahasa badan seperti mengganggukkan kepala sambil tersenyum. ini menandakan bahawa bahasa badan juga mampu menjadi komunikasi antara satu sama lain. lebih elok lagi sekiranya remaja itu menghentikan seketika daripada melayan earphone dan melayan pertanyaan mereka yang tertentu


JANGAN LAKUKAN!!!


LAKUKAN INI!!


BUDI BAHASA BUDAYA KITA

14 Januari 2011

"AWAK KUCING KE DIA KUCING?"

assalamuaikum teman bicara semua..

alhamdullillah ini merupakan satu tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk kami semua yang mengambil subjek SOSIOLINGUISTIK. Bagi saya tugasan ini memang mencabar kerana kite perlu peka dengan keadaan sekeliling mengenai penggunaan bahasa melayu dalam masyarakat seharian. Namun saya akan cuba membuktikan bahawa saya mampu mengatasi apa jua cabaran untuk menjadi bakal guru yang cemerlang.

Pada petang hari yang sama saya mendapat tugasan ini, saya telah dikejutkan dengan satu situasi yang mana bagi saya tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi jika ia melibatkan binatang. Saya secara tidak sengaja terdengar satu perbualan antara dua orang pelajar perempuan.

A(bukan nama sebenar): beb..busuklah nate (binatang) kucing ni...dahlah busuk..bulu dia macam bulu aye balik (bulu ayam terbalik).

B(bukan nama sebenar): yela beb...(smbil menguis-nguis kucing itu dengan kakinya dan terus menyepak kucing itu yang masih kecil).

tiba-tiba datang seorang kawannya yang lain dan terus mengambil kucing tersebut.

A:wei..kucing itu busuk la...kau tak geli ke???

C (bukan nama sebenar): wei..makcik...kucing ni takder akal..lainlah kalau kau tu kucing tiba-tiba ada akal, memang patut la kami pukul kau...kucing ni tak tahu apa-apa pun..(sambil berjalan meninggalkan kawannya yang tidak berhati perut).

komen: Tidak seharusnya manusia lebih-lebih lagi pelajar seperti kita memperlakukan binatang begitu. mereka juga makhluk ciptaan Tuhan yang Esa. Tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati akan adab sopan bangsa melayu yang terkenal dengan sikap yang penyayang sesama makhluk. 


cadangan: seharusnya pelajar itu tadi sedar akan sikap mereka malah sikap C(bukan nama sebenar) seharusnya dicontohi kerana sikapnya yang tidak mudah melatah kepada binatang