Assalamualaikum..
Apa khabar semuanya? Atikah harap semuanya sihat sahaja. Hari ini saya akan berkongsi suatu pengalaman yang terjadi di cafe Proton city, Tanjung Malim.
Tarikh: 24-01-2010
masa : 8.45 am
Tempat: Proton ity, Tanjung Malim Perak
Situasi: Saya bersama dengan rakan-rakan yang lain termasuklah Norhidayah, Nurasikin dan Noreda bergerak menuju ke cafe untuk makan pagi. Semasa saya sedang menunggu untuk mengambil roti anai, kebetulan terdapat seorang pelajar lelaki yang berada di tepi saya dan sedang mengambil kuah roti anai. saya terdengar perbualan antara pakik yang membuat roti canai dengan pelajar tersebut
Pak cik itu bertanya kepada pelajar lelaki itu
Pak cik: Dik, kuah ada lagi tak dalam tu?
pelajar Lelaki: ..................(senyap menyepikan diri)
Pak cik: Dik...pak cik tanya ni..kuah ada lagi tak dalam bekas tu?
Pelajar itu: ...........(senyap lagi sambil mengambil kuah)
Aku tidak sedap hati lalu terpaksa menyampuk.
Aku: ada lagi pak cik. Sikit je ada.
Pak cik: Orang tanya buat bodoh aje. Bisu ke apa....ada ke suruh cewek yang jawab.
Aku: bukan bisu la pak cik, dia cuma terkedu.
Komen: Perkara ini seharusnya tidak berlaku apatah lagi di kawasan Universiti. Berdasarkan kepada apa yang saya lihat, kedua-dua manusia ini bersalah kerana masing-masing ego dengan sikap tidak mahu mengalah. Khususnya dapat dilihat kepada sikap pelajar lelaki itu yang berperangai seolah-olah keras kepala dan degil. Hal ini kerana, seharusnya apabila pak cik itu menanyakan soalan dan sebagainya, sementara sikap pak cik itu yang marah-marah dengan mengeluarkan perkataan yang tidak sesuai dan tidak beradap untuk menegurnya.
cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar, kita perlu beradap dengan mereka yang lebih tua daripada kita. Pelajar itu seharusnya tidak mendiamkan diri sahaja, kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai biadap kerana bahasa badan juga menunjukkan peribadi seseorang yang tidak beradab. Sementara Pak cik itu pula perlu bersikap lebih tertutup sedikit memandangkan disekelilingnya dipenuhi dengan pelajar. Percakapan itu perlu menjurus kepada penggunaan bahasa yang lebih baik dengan tidak menggunakan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan si pendengar.
pesan mokyu:: Biar mati anak
Jangan mati adat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan