HAI..
Hari ini merupakan hari yang paling malang untuk kawan saya iaitu NURASIKIN dan juga NOREDA kerana terpaksa ditinggalkan oleh bas yang dipandu oleh Pak cik yang garang.
Situasi: Lebih kurang pukul 7.30 pagi tadi, saya dan kawan-kawan termasuklah Hidayah, Eda, Ekien, Eni dan Aida berasak-asak untuk menaiki bas. Saya dan Hidayah terlebih dahulu menaiki bas. Sebaik sahaja Noreda melangkah kaki untuk menaiki tangga, tiba-tiba pintu ditutup. Semua orang terkejut dengan tindakannya.
Saya: Pak cik,,nanti dulu. Ada orang nak naik lagi
Pak cik: Kan dah penuh ni..Takkan nak sumbat lagi. (katanya sambil memecut laju hingga menyebabkan saya hampir terjatuh)
Komen: Banyak yang perlu saya komen disini untuk situasi hari ini. Sebagai seorang pemandu yang mempunyai lesen memandu, itu boleh dianggap sebagai pemandu berhemah. Namun sikap pakcik bas ini memberi pandangan negatif kepada masyarakat sekeliling, apatah lagi dengan sikapnya yang tidak memberi ruang kepada penumpang naik padahal ruangan dalam bas itu masih luas dan mampu memuatkan ramai lagi penumpang. Sikap ini seolah-olah menjurus kepada kepentingan diri sendiri daripada memikirkan kepada kepentingan orang lain. Sikap kurang ajar Pakcik ini juga dapat dilihat kepda sikapnya yang memecut laju bas itu. Bayangkan jika semasa memecut itu terdapat pelajar yang sedang melintas? sikap ini keterlaluan bagi seorang pemandu bas yang bertauliah.
cadangan: Sebagai seorang pelajar, saya berasa bertanggungjawab untuk menjaga hak saya sebagai seorang pelajar yang telah membayar kos pengangkutan untuk ke kampus dan sebagainya. Sebagai seorang pemandu bas apatah lagi membawa penumpang khususnya pelajar, beliau perlu diberi kursus semula tentang ara-ara melayan penumpang dan bersikap sabar melayan pelbagai kerenah pelajar. Pemandu itu juga perlu didedahkan kepada undang-undang semasa berada dalam zon seperti kawasan kolej dan juga kampus.Jangan biarkan hidup kita jadi macam ni
pesan mokyu: berhati-hati di jalan raya
ingatlah orang yang tersayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan