create your own banner at mybannermaker.com!

26 Januari 2011

MURAI TERCABUT EKOR

Assalamualaikum semua....

Hari ini merupakan hari yang paling meletihkan kerana terpaksa berebut-rebut untuk menaiki bas daripada Proton City, Tanjung Malim ke Kolej Harun Aminurrashid. Semasa dalam perjalanan, terdapat satu situasi yang betul-betul membuatkan aku terkejut dengan sikap mereka sebagai seorang pelajar UPSI.


TEMPAT: SUASANA DALAM BAS UPSI
MASA: 01.00PM
TARIKH: 26-01-2011


Situasi:Berkat kesabaran aku berebut bas, akhirnya aku berjaya mendapatkan tempat duduk. Terdapat ramai pelajar yang terpaksa berdiri kerana tiada ruang untuk duduk. Setelah bas ini berlalu dan melintasi satu kawasan, yang mana kawasan itu ramai pelajar sedang beratur untuk menaiki bas yang seterusnya. Tiba-tiba telingaku terdengar satu perbualan yang amat menyakitkan hatiku. 


SI A: Kau..Cuba tengok sana...(sambil memuncungkan mulutnya diluar tingkap)

SI B: hahahhaha.....(sambil memegang perutnya)

SI A: hahah...ini mesti semester 1 ni...siap beratur lagi...skema nak mampus budak-budak ni...(sambil ketawa)

SI B: senang je nak tahu diorang semester berapa,,,,kau tengok kat leher diorang...macam lembu dah pakai kad matrik..

Komen: Apa salahnya jika beratur? Perbualan mereka itu menunjukkan bahawa mereka tidak suka melakukan sesuatu berdasarkan peraturan. Perangai mereka yang suka ketawakan orang lain, memang betul-betul membuatkan pelajar-pelajar lain berasa jelik. Tiada salahnya jika beratur untuk menaiki bas, malah lebih selamat dan adil untuk semua pelajar. Pemakaian Kad Matrik pula merupakan salah satu peraturan Universiti dan mewajibkan supaya dipakai sepanjang masa sewaktu di kampus untuk pengenalan diri dan sebagainya. Tidak wajar jika pelajar ini berkelakuan biadap di depan, apatah lagi menganalogikan pelajar yang memakai kad matrik tadi seperti lembu.


Cadangan: Pada pandangan saya, sebagai seorang pelajar apatah lagi bakal pendidik anak bangsa, mereka tidak boleh berkelakuan sebegitu kerana sikap itu mendedahkan bahawa anda mempunyai karakter yang negatif. Pada pandangan saya, pelajar sebegini harus diberi bimbingan dan penasihatan mengenai cara menghormati orang lain dan menggunakan perkataan sesuai jika berbual dalam keadaan audiens yang ramai. 

pesan mokyu: jangan bandingkan orang lain dengan binatang
kerana sikap anda itu menunjukkan anda spesis binatang kerana menganiayai makhluk Allah. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers