Assalamualaiku dan salam sejahtera..
Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan mengenai penggunaan pantun dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Saya ingin menfokuskan hal ini kepada kalangan artis termsuklah pelakon, pelawak dan sebagainya kerana mereka sering kali menyalahgunakan penggunaan pantun sedangkan mereka merupakan inspirasi utama khususnya kepada pelajar.
sebahagian daripada peserta Raja Lawak 5
pengkritik RAja Lawak musim k
Situasi: Program Raja Lawak merupakan salah satu program Astro yang dianggap menjadi kegemaran ramai masyarakat hari ini khususnya untuk mengurangkan tekanan.Setelah mendapat tontonan ramai, akhirnya pihak Astro telah menghasilkan Raja Lawak siri ke 5. Program siri ke 5 ini telah bermula pada malam jumaat minggu lepas iaitu 14/01/2010 iaitu pada jam 9 malam. Selepas sahaja sesebuah kumpulan membuat persembahan, ketiga-tiga pengkritik ini menggunakan pantun yang pada pandangan saya pantun itu mengarut . Pantun itu yang dahulunya dicipta dengan indah kini digunakan oleh mereka untuk berjenaka. Merekan mengubah rangkap pantun itu sesuka hati dan tidak logik serta keterlaluan.
komen: Pantun ini bukan satu medium atau alat yang boleh diubahsuai sesuka hati kerana dengan Pantun ini kita akan dapat menegur seseorang tanpa menggunakan bahasa yang berterus terang. Saya memang bangga dengan pengkritik-pengkritik ini kerana walaupun mereka bukan orang melayu (Sattiya dan David Teo) tetapi mereka tetap menggunakan pantun sebagai medium utama. Walaupun begitu, pantun itu mestilah bersesuaian dengan situasi dan keadaan kerana setiap apa yang dilakukan dan dituturkan oleh para artis ini akan diikut oleh masyarakat. Kesan daripada hal ini, pantun akan dieksploitasi dengan cara yang mengarut dan bertukar-bertukar
cadangan: pada pandagan saya sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Bahasa Melayu, untuk menjadikan pantun sebagai medium utama dalam sesuatu perbualan, kita perlu memastikan bahawa pantun itu sesuai dengan situasi yang akan digunakan kerana jika berlaku salah penggunaan pantun, mungkin pihak anda sendiri akan diketawakan kerana kekurangan ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penggunaan pantun. Untuk lebih selesa, selidik dahulu pantun itu supaya rima dan isi itu serasi antara rangkap dengan rangkap yang lain.
pesan mokyu: Biar miskin harta
Jangan miskin ilmu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan