Selamat hari rabu saya ucapkan pada semua masyarakat Malaysia.
situasi: pada hari semalam iaitu pada 8/02/2010, kelas saya tersangat penuh iaitu dari pukul sepuluh pagi sampailah pukul tujuh petang. Amat meletihkan. Tepat pukul tiga petang, saya bergerak menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur. Selepas menunaikan solat disitu, saya sempat berehat sebentar sambil melipat telekung. Dalam masa yang sama, kedengaran dua orang pelajar sedang menulis dan sesekali kedengaran juga gelak ketawa mereka. Bukan itu sahaja, di luar surau ini juga gelak ketawa pelajar perempuan memang kedengaran sangat kuat. Akhirnya saya keluar dan melihat ramai pelajar di luar surau sedang berkumpul sambil ketawa sehingga terdengar hingga ke dalam.
komen: setiap manusia diberikan akal untuk berfikir dan bertolak ansur dengan orang lain. Namun, apa yang dapat saya tafsirkan di sini, pelajar-pelajar sekarang semakin tidak bertimbang rasa. Rumah Allah pun masih lagi memikirkan hal duniawi, sedangkan Allah sudah menyarankan kita supaya bersikap seimbang dalam sebarang kerja. Apatah lagi ada yang bergelak ketawa dari luar surau sehingga mengganggu pelajar lain yang ingin menunaikan solat. sikap mereka ini langsung tidak menggambarkan bahawa mereka adalah seorang pelajar yang berkelulusan tinggi.
cadangan:seharusnya, mereka dengan sendirinya harus sedar akan kesalahan mereka yang kurang adab itu. Seharusnya pihak universiti harus peka dengan keadaan ini dengan meletakkan kamera untuk meninjau sendiri mana-mana pelajar yang suka melakukan kesalahan, dan jika mereka bersalah hukumannya ada dengan mengenakan bayaran kerana pelajar amat gerun apabila memikirkan duit mereka akan lesap begitu sahaja.
pesan mokyu: jangan sesekali lupa bahawa anda makhluk ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan