Situasi: Pada hari sabtu lepas saya dan rakan-rakan tela pergi ke pekan untuk memberi barang dapur dan sebagainya. Semasa kami keluar daripada pasaraya Grand Union, terdapat seorang mak cik tua telah menghampiri seorang pelajar sekolah dan saya beranggapan bahawa pelajar itu masih lagi belajar berdasarkan kepada buku yang dibawanya.
Mak cik: Tumpang Tanya dik..Bank Islam kat mana?
Pelajar : (tidak menjawab. Malah sibuk menekan telefonya tanpa memandang pada Mak cik itu)
Komen: Memang satu sikap yang melambangkan kurangnya adab terhadap orang tua. Pandangan negative akan diberikan kepada pelajar tersebut oleh orang ramai. Ramai yang akan beranggapan bahawa pelajar itu walaupun berpendidikan tetapi dari segi agama dan adab masih lagi dalam peringkat kritikal. Pelajar itu lebih mementingkan telefonnya daripada melayan sebentar pertanyaan Mak cik tersebut.
Cadangan: Seharusnya sebagai seorang pelajar, sikap hormat-menghormati khususnya kepada orang tua perlu ada dalam diri mereka. Pihak guru di sekolah perlu peka dalam hal ini, kerana dengan sikap seseorang pelajar itu akan mencerminkan bagaimana sekolah dan guru mereka. Ibu bapa juga berperanan penting kerana dengan didikan mereka akan menghasilkan anak yang diingini. Didikan agama juga perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dalam memastikan anak-anak mereka dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan