Situasi: pada tanggal 12 Mac 2011, saya menghadiri satu mesyuarat bagi Persatuan Bahasa Melayu yang bertempat di Kampus Universiti Pendidikan sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Saya dipertanggungjawabkan oleh Presiden persatuan untuk menguruskan Persembahan Drama dan Perasmian Minggu Bahasa bersama dengan seorang kawan ini yang bergelar Si F. Perbualan ini pada tanggapan saya memang betul-betul menguji kesabaran saya sebagai seorang manusia.
Si F: Atikah. Nanti kau tolong buatkan budget untuk program ni k.
Saya: Amboi..sedapnya mengarah. Jomlah kita buat sama-sama esok.
Si F: eh..eh…aku ni pengarah program, aku arah-arah jelah.
Komen: ya. Memang tidak diakui dia pengarah program. Tapi saya rasa perbuatan ini terlalu drastic dan terlalu melampau. Jika diikutkan kepada alasannya yang ada kerja lain yang harus dilakukan esok, memang tidak dapat diterima akal kerana orang lain juga sibuk dengan komitmen masing-masing.
Cadangan: Jika diteliti kepada keadaan di atas, sebagai seorang bakal pemimpin Si F tidak seharusnya berkelakukan begitu kerana telah memberi perspektif yang negative kepadanya. Seharusnya sebagai satu pasukan utama, kami perlu berbincang bersama-sama dan perlu bersepakat dalam hal ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan