create your own banner at mybannermaker.com!

08 Mac 2011

KEKURANGAN ISTILAH?


Situasi: Tepat jam Sembilan pagi, saya bergerak turun untuk menuju ke kelas. Semasa keluar daripada lif saya tertarik pada satu banner atau kain rentang satu program ini. Bukan saya berminat untuk menyertainya, namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Inilah dia kain rentang tersebut. Hal ini berlaku di Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris.








Komen: Jika anda bijak apakah yang menjadi satu permasalahan di sini?Ya. Penggunaan bahasa Melayu disekalikan dengan bahasa Inggeris. Hal ini bukan lagi satu masalah besar kerana sejak akhir-akhir ini, ia seolah-olah menjadi satu fenomena biasa yang berlaku dalam negara kita Malaysia. Jika hal ini berlarutan, ia akan memberi satu kesan yang besar kepada masyarakat hari ini khususnya kepada pelajar sekolah yang akan menggunakan segala pengetahuan yang mereka tahu termasuklah pembacaan mereka terhadap iklan-iklan sebegini.

Cadangan: Seperti sebelum ini saya cadangkan bahawa pihak yang harus memberi perhatian kepada masalah ini ialah pihak atasan yang meluluskan kain rentang ini untuk dihebahkan kepada orang ramai. Pastikan setiap iklan atau memo yang hendak diluluskan, penggunaan satu bahasa secara menyeluruh. Hal ini seolah-olah menggambarkan akan kekurangan istilah dalam bahasa Melayu sehingga terpaksa mencampuradukkan dengan bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath Anniversary tickers