Situasi: Pekan Tanjung Malim, Perak
Masa :03.30 petang 5.02.2011
Situasi: Hari ini saya dan rakan-rakan telah pergi ke Pekan Tanjung Malim untuk tujuan membeli barang bagi aktiviti kami nanti. Semasa saya sedang memerhatikan tudung yang terdapat dalam kedai, tiba-tiba mata saya terlihat satu adegan yang saya rasa agak kurang betul dari segi perlakuannya. Seorang pelajar sekolah yang keletihan, bersiap sedia untuk melintas jalan raya kerana kereta tersebut telah memberikan isyarat untuk berhenti. Sebaik sahaja pelajar hendak berlari melintasi jalan raya tersebut, kereta tersebut dengan lajunya memecut dan hampir-hampir melanggar pelajar tersebut.
Komen: Perlakuan pemandu ini jika ditinjau dari segi sosiobudaya, memang tidak boleh dimaafkan kerana dengan tingkahlakunya itu menunjukkan sikap sebenar dia dalam menjalinkan hubungan masyarakat. Jika dilihat disini, pemandu itu seolah-olah sengaja mepermainkan nyawa seeorang apatah lagi seorang pelajar.
Cadangan: Seharusnya pemandu yang sebegini tidak layak memegang lessen memandu kerana hal ini akan membahayakan orang ramai. Pihak yang bertanggungjawab khusunya pihak polis perlu peka dengan ini, dan jika perlu hadapkan mereka ke muka pengadikan supaya mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka yang tidak bermoral ini. Bukan itu sahaja, masyarakat sekeliling juga perlu membantu pihak polis dalam membanteras mereka yang melanggar peraturan jalan raya yang boleh membahayakan nyawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan