Situasi: Sejak akhir-akhir ini akhbar-akhbar tempatan sudah tidak segan silu untuk menhebahkan suatu berita dengan terperini. Hal ini dapat dilihat seperti berita di bawah yang tajuknya terlalu terbuka.
Pemain Perlis dituduh cabul
SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak Perlis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini,
semalam, atas tiga tuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan seorang gadis berusia
17 tahun pada 13 Februari lalu.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Singa Utara itu, Muhammad Munawwar
Shavukath Ali, 21, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan
dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mendatangkan kecederaan
parah terhadap mangsa di sebuah rumah kosong bernombor 533, Jalan Taman Batik di sini, antara jam 3.30 hingga 5.30 petang pada 13 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan
yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Munawwar dituduh mencabul kehormatan gadis
berkenaan dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa. Bagi kesalahan itu,
dia boleh dihukum mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Sementara bagi pertuduhan ketiga, Muhammad Munawwar didakwa menyuruh mangsa
melakukan seks oral pada tarikh, masa dan tempat sama.
Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan
kelucahan melampau dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun.
Sebelum itu, Raja Shahril Anuar mengarahkan tertuduh mengenakan jaminan sebanyak
RM5,000 bagi kes pertama manakala RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sin manakala tertuduh
diwakili peguambela, T Jayaraj. Sebutan semula kes berkenaan pada 21 Mac depan.
Komen: Seperti yang kita tahu, akhbar ini bukan sahaja dibaca oleh golongan dewasa,
malah pelajar sekolah juga turut didedahkan dengan pembacaan akhbar. Oleh yang demikian, cerita-cerita seperti ini akan mendorong pelajar untuk menjadikannya sebagai ikutan mereka. Tidak hairanlah
jika masalah social yang melibatkan pelajar sekolah semakin bertambah. Malah ada sesetengah pihak berpendapat masalah social di sekolah ini berpunca dari sikap guru yang suka lepas tangan, sedangkan pada hakikatnya media massa yang menyumbangkan pertambahan peratusan masalah social ini.
Cadangan: Pada pandangan saya, kerajaan khususnya kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu memastikan berita-berita yang disiarkan dalam surat khabar dan ditayangkan di televisyen tidak terlalu terperinci seperti di atas. Pihak ini juga harus membuat tapisan kepada setiap berita yang ingin dipertontonkan dan dihebahkan kepada orang ramai. Di sini, peranan media cetak dan media elektronik amat berat kerana semua berita dan cerita yang ditayangkan bukan sahaja menyasarkan kepada golongan dewasa semata-mata, tetapi juga golongan kanak-kanak dan juga remaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan