Situasi: Kejadian ini berlaku pada hari ini iaitu 7/3/2011 yang mana semasa saya hendak masuk ke dalam perpustakaan untuk membuat tugasan, saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan saya diperiksa. Pada kebiasaannya, pelajar yang membawa computer sendiri akan dibenarkan masuk. Pada waktu itu juga saya membawa botol air untuk dibawa ke dalam. Semasa saya hendak melangkah masuk, pengawal itu sekali lagi menahan saya dan mengatakan bahawa botol air tidak dibenarkan membawa masuk botol air dalam perpustakaan. Dengan mukanya yang masam, dia mengambil botol air dari tangan saya dan terus pergi.
Komen: Jika dilihat kepada situasi di atas, disini dapat dikatakan pengawal itu tidak berpegang pada etika seorang pengawal yang berhemah. Ini dapat dilihat melalui tingkahlakunya dalam menangani kes seperti yang diatas. Tambahan lagi, mimik muka yang ditunjukkan olehnya juga memperlihatkan bahawa dia tidak pandai dalam aspek sosiolinguistik iaitu cara dia bergaul dengan masyarakat khususnya pelajar di UPSI ini.
Cadangan: Seharusnya pengawal itu perlu menyedari bahawa tindakan itu akan memberi tamparan hebat kepada pelajar itu dan seterusnya memberi perspektif yang negative kepada pengawal itu. Pelajar itu juga harus berperanan lebih dalam hal ini dengan membuat laporan kepada pihak atasan tentang perkara ini untuk memastikan hal ini tidak lagi berulang untuk masa yang akan datang. Seterusnya pihak perpustakaan juga perlu mengenalpasti laporan yang diperolehi dan mengambil langkah yang segera dengan menghantar pengawal itu ke kursus yang berkaitan dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan